Penyanyi Siti Nordiana atau sinonim dengan panggilan Nana telah memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, keratan video tersebut Nana telah berkongsi perbualan panggilan video bersama pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Debat.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Paling Comel itu bertanya mengenai pelbagai soalan termasuk untuk mencari calon suami yang soleh secara berseloroh.
“Haa baik ngaku sapo jumpo bakal mak & bapa mertua tunduk hormat sampai meniarap tu baik cakap.
“Byk lagi soalan2 best nana tanyo kek ustaz @syamsuldebatofficial . Kalo nak tau leh tengok You Tube channel Nana.
“Link ada kat igstory nana #sitinordiana #nanatanyaustazjawab #salamjumaat,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat turut memberi reaksi yang pelbagai terhadap perkongsian penyanyi berusia 35 tahun itu.
Video : Instagram Siti Nurdiana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Kata 20 Jam, 24 Jam Pun Boleh Kena Henjut,” – Produser Tanggung Rugi, Erma Fatima Gesa Stesen TV Tukar Kadar Bayaran Drama
Pengarah dan produser terkenal, Erma Farita akui faham dengan keluh kesah yang disuarakan oleh para penggiat seni berhubung isu waktu kerja yang panjang dan membebankan.
Bagaimanapun, menurut Erma, cabaran dan kepayahan yang harus diharungi oleh para produser bagi memastikan sesebuah projek itu berjalan lancar juga harus diberikan penekanan yang sama.
“Apa yang disuarakan oleh penggiat seni itu adalah betul. Saya bercakap atas kapasiti pengarah, pelakon dan kru. Kami memang tertekan kalau bekerja lebih 20 jam. Ketika itu, kualiti karya itu akan menurun.
“Sebagai produser pula, kalau kita tak henjut satu telemovie dalam masa lapan hari, kita akan rugi,” katanya kepada MH.
Tambah Erma lagi, isu ini boleh diselesaikan sekiranya pihak stesen televisyen sanggup menggubal semula kadar bayaran yang dikenakan terhadap sesebuah projek drama atau telefilem.
“Dalam isu ini, penentuannya adalah daripada stesen televisyen. Kalau stesen tv masih bayar macam 20 tahun dulu, jangan kata 20 jam, mungkin 24 jam juga boleh henjut.
“Harga barang sekarang dah semakin meningkat tapi harga pihak stesen tv bayar untuk sesuatu karya itu masih lagi tidak mengikut ekonomi semasa.
“Artis dan kru berhak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Pada masa sama, kalau tak henjut sampai 20 jam, susah nak habiskan shooting dalam masa lapan hari.
“Kalau kita shooting 10 hari, bajet akan naik lagi. Makan, petrol, sewa kenderaan dan sewa lokasi semuanya dibayar mengikut hari. Kalau kerja 12 jam, berapa banyak babak yang kita boleh buat?,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, kakak kepada pelakon Datin Seri Umie Aida ini juga merasakan pihak berwajib harus memainkan peranan bagi memastikan semua pihak berpuas hati.
“Pihak berwajib juga kena mainkan peranan. Di mana mereka letakkan industri seni ini? Kalau letak di tempat yang rendah, kita yang bekerja ini pun selamanya akan berada di bawah.
“Namun, kalau mereka letakkan kami ini sebagai industri yang boleh menjana pendapatan ekonomi negara, mereka akan sediakan modal yang berbaloi.
“Pihak berwajib juga harus menolong untuk menjual karya-karya ini. Kemudian baru kita boleh cakap fasal cara kerja yang betul,” dakwa Erma ketika ditemui pada majlis pelancaran Mak Cun Mart di Ukay Perdana, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pasaraya mini yang memulakan operasinya sejak awal Januari lalu memasarkan lebih 300 produk makanan yang dihasilkan penggiat industri kecil dan sederhana (IKS).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Pernah Berada Pada Tahap Peratusan 50/50 Untuk Hidup,” – Ali XPDC Syukur Reda, Kini Ikhtiar Buat Bisnes
Vokalis kumpulan XPDC, Ali atau nama penuhnya, Mohd Ali Ismail, 54, sebelum ini pernah diuji dengan serangan angin ahmar selain pernah ditidurkan kerana kesukaran bernafas sebelum ini akibat masalah jantung dan paru-paru.
Reda atas ujian, bapa kepada lima cahaya mata itu bagai diberi peluang kedua meneruskan kehidupan.
Ketika ini, makan dan minum Ali menggunakan tiub kerana tekaknya masih sakit untuk menelan.
“Alhamdulillah, saya bagai hilang kata-kata diberi nikmat hidup ini. Saya pernah berada pada tahap peratusan 50/50 untuk hidup. Seperti nyawa-nyawa ikan ketika itu. Allah tarik nikmat aset suara saya miliki, tapi dibentangkan banyak hikmah.
“Tapi kini keadaan saya semakin okey. Dulu nak bercakap pun susah. Sekarang boleh bercakap walaupun tak lancar. Kalau susah sangat nak bercakap, isterilah yang jadi wakil (bercakap).
Sehingga kini saya masih meneruskan fisioterapi dan ‘rehab’ seminggu sekali di Hospital Rehabilitasi Cheras.
“Pergerakan dan kos ulang-alik ke hospital juga dapat dijimatkan serba sedikit kerana saya sudah berpindah menyewa pangsapuri di Seri Kembangan sejak awal Ramadan lalu. Dulu masa tinggal di Klang, banyak guna duit,” katanya.
Kata Ali, dia bersyukur di saat hilang punca rezeki kerana nikmat ditarik, banyak pihak membantunya.
Kos rawatan di Hospital Ampang sebelum ini selama tiga minggu RM12,000 ditanggung Baitumal. Begitu juga bayaran sewa rumah RM850 turut dibantu badan berkenaan.
“Kediaman baharu yang disewa pun sewanya dibayar Baitulmal sebanyak RM800. Kami hanya bayar RM50 saja,” kata Ali.
Namun, sejak awal Ramadan lalu juga, Ali enggan terus berpeluk tubuh mengusahakan perniagaan menjual kerepek dan kuih tradisional.
“Anak saya syorkan takkan nak terus menerima sumbangan orang, lalu mereka mencadangkan untuk menjalankan perniagaan. Akhirnya kawan syorkan saya menjual kerepek dan kuih diusahakannya.
“Kami berniaga di tapak Pekan Sungai Besi. Tapak pun kawan saya uruskan tanpa perlu saya membayar sewanya. Cuma masa nak mulakan perniagaan itu, duit simpanan yang ada ditampung dengan barang kemas digadai isteri jadi modal. Hasilnya dapatlah kumpul RM8,000 sebagai modal.
“Ketika ini, tiga anak saya termasuk lelaki sulung bergilir-gilir menjaga gerai kerana saya belum kuat untuk menjaganya seorang diri. Hasil jualan ini bolehlah menampung kehidupan saya sekeluarga. Malah pernah hasil jualan cecah RM300 sehari,” katanya lagi.
Dia turut menambah, wakil kelab peminat XPDC turut datang ke rumah dan menghebahkan perniagaan diusahakannya sebelum ini.
Sementara itu, dia sepatutnya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Pihak agensi kembara umrah sampai sanggup nak bawa saya ke sana walaupun perlu berkerusi roda. Tapi isteri pun cakap tak mahu susahkan mereka. Saya anggap tak ada rezeki.
“Saya pernah tujuh kali mengerjakan umrah. Dua kali daripada jumlah itu saya pernah ke sana bersama isteri iaitu pada tahun 2018 dan 2021,” katanya lagi.
Sementara itu, isterinya, Sharifah Azuwanna berkata ujian dilalui Ali menjadi ruang terbaik untuk menyokongnya dari belakang.
“Dulu selama lima kali melalui fasa kehamilan, dia (suami) yang bersusah payah menjaga saya. Saya pernah rasa loya nak muntah pun, dia sanggup tadah tangan.
“Kini, sewaktu dia diuji, saya pula menjaganya. Saya ini sebenarnya jenis cepat geli dengan benda yang memualkan. Tapi ketika menjaga suami termasuk membantu ke tandas pun saya seolah-olah hilang sikap geli itu.
“Cuma saya tahu dia memang sedih tak dapat berpuasa. Dulu waktu sihat, puasa takkan tinggal. Malah siap buat puasa sunat lain termasuk puasa enam,” kata Sharifah Azuwanna.
Terdahulu, Ali dan isterinya turut menerima kunjungan pihak stesen radio Buletin FM bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin yang menyampaikan sumbangan dan bantuan baucar RM300 sebulan selama tempoh setahun untuk membeli barangan keperluan dapur di premis beli belah itu.
Penyampai Buletin FM, Haiza Hanafi turuf hadir menyerahkan sumbangan peribadi dan barangan stesen radio berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyertaan Kali Pertama, Penyanyi Daniesh Suffian Puas Hati Raih Tempat Ke-4 Di Kejohanan Gusti Lengan Asia
Penyanyi, Daniesh Suffian akui berbangga dengan pencapaian dirinya selepas berjaya meraih tempat keempat di Kejohanan Gusti Lengan peringkat Asia baru-baru ini.
Menurut Daniesh, pengalaman bertanding di peringkat tertinggi Asia itu nyata memberikan pengalaman berharga buat dirinya.
Katanya lagi, meskipun ini merupakan kali pertama dia menyertai pertandingan tersebut, namun, dia tetap berpuas hati dengan prestasinya itu.
“Pengalaman pertama saya bertanding di Kejohanan Gusti Lengan Asia. Saya sangat bersyukurkan kerana berjaya tersenarai sebagai empat teratas pada temasya kali ini.
“Sememangnya pengalaman yang sangat berharga. The guy from India definitely crushed my hand,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Serpihan itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Ketika kejohanan tersebut berlangsung, Daniesh telah bertemu dengan lawan daripada negara serantau seperti India dan Singapura.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan Daniesh akan terus sukses lagi dalam sukan ini pada masa akan datang.
“Well done champ. Keep it up.
“Wow first time dah 4th place. Padu.
“You did your best already! proud.
“Hebatnya kamu Daniesh,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, menerusi posting yang sama, Daniesh turut berkongsi beberapa klip video yang memaparkan aksinya sepanjang bertanding di kejohanan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Daniesh Suffian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI