Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid ada menitipkan pesan serta peringatan kepada diri sendiri agar sentiasa bersyukur dan merendah diri.
Malah, Mawar yang kini sedang hamil anak kedua juga turut berkongsi situasi andai merasakan diri terlalu bagus hingga lupa diri.
“BAHAYA bila rasa diri tu BAGOS”. Macam mana nak dtg perasaan nak BELAJAR kalau kau pun asyik pikir kau tu bagus?
“Kalau kau x belajar, sah2 kau akan sesat. Kau rasa apa yg buat, kau pikir tu betui.
“Tak pun, bila kau dah berjaya, kau dah rasa diri tu bagus. Kau jd lupa sape yg ada ngn kau bila kau x tau pape.
“Biasa orang yg rasa diri dia BAGOS, mesti cepat naik, tapi cepat TURON. Jadi, always be humble.
“Always mencari ilmu.. always bersyukur.. always improve diri sendiri.. always ingat jasa orang. Because.. only YOU CAN HELP YOURSELF,” katanya.
Lalu, perkongsian yang dikongsikan Mawar menerusi Instagram mendapat reaksi pelbagai daripada pengikutnya.
Terdahulu, Mawar kini kian sukses menerusi produk kecantikan, Mawarose.
Menerusi produk yang dijalankan oleh Mawar bersama keluarganya itu, mereka mengeluarkan produk pertama iaitu Magic Rose Lips & Cheek Cream, Mac lalu.
Selain dijual secara atas talian dan menerusi stokis, Mawarose juga menampilkan kelainan kerana ia bakal dijual menerusi ‘vending machine’.