Yatt Hamzah berkongsi kesedihan apabila anak keempatnya, Suci Hawa Zulaikha jatuh buat kali ketiga.
Jelasnya menerusi laman Instagram, dia sudahpun ‘mengepung’ anaknya yang berusia kira-kita tiga bulan dengan bantal supaya tidak terjatuh ke bawah, malangnya ia tetap berlaku.
Ulas Yatt, anaknya terjatuh di atas jubin sewaktu dia berehat selepas menunaikan solat sunat Dhuha.
“Bonda sedih sgt pagi tadi. Baby Hawa jatuh lg kali ke-3. Bonda tak sihat lepas Dhuha td terlelap sekejap melawan pening kepala berdenyut2.
“Patut live ngaji mlm td pun xdone nak buat sbb jatuh sakit serentak hp pun problem.
“Sedar2 dengar bunyi berdentum jatuh serentak Hawa menangis kuat. ALLAHUAKBAR anak..Mesti sakit sgt tu..Sbb dia jatuh atas jubin luar dr carpet bulu tebal. Mcm manalah boleh jatuh sedangkan sudah terkepung dlm kubu bantal dan quilt.
“Ya Allah baru 3 bulan dah 3 kali jatuh. Lepas ni mmg kena tidur bawah spaya x boleh jatuh. Berguling aje kerjanya walaupun msh bayi.
“Tapi bila baring tidur di bawah kakak2nya pula berlari2 melompat atas kami. Adehlah cabaran anak2 kecil yg membahagiakan.
“Mohon semua doakan baby Hawa x jatuh lg ya. Pagi tadi dia dpt lebam2 di bahagian kepala dan mukanya. Sebak Bonda tengok..x sampai hati.
“Semoga anak Bonda kuat dan sihat selalu ya syg..Aameen,” kongsinya.
Terdahulu, Yatt pernah membawa Hawa mendapatkan rawatan di hospital selepas si kecil itu terlepas jatuh ke lantai daripada dukungan anak sulungnya.
Foto : Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI