Pelakon dan pengarah, Sheila Rusly ada memuat naik sekeping foto lama yang difahamkan merupakan gambar bekas kekasih lamanya.
Menurut Sheila, pada awalnya, bekas teman lelakinya itu amat sukar untuk didekati kerana dikatakan ‘menjual mahal’.
“Ni gambar EX boyfriend kita. Tebal kening tu macam baru tanam semalam.
“Macam mana lahh rupa dia skrg. Harap-harap rambut tebal mcm dulu.
“Mula-mula kenal, dia tak layan kita sangat dia cakap market dia jauh lagi UP dari market kita,” katanya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Sheila menerusi laman Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Sheila turut mencabar para pengikutnya untuk turut sama berkongsi gambar bekas kekasih lama mereka di Instagram.
“Kalau korang kenal mamat ni tolong tag dia bagitahu sis rindu.
“Kalau berani silakan post gambar ex korang!
“Jangan lupa tag sis,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar kisah tersebut selain turut memuji wajah tampan pemuda tersebut yang kini merupakan suaminya iaitu Jinggo atau lebih mesra di sapa Tok Sidang.
Sumber: Instagram Sheila Rusly