“Macam Nampak Baby Bump,” – Peminat ‘Speku’ Izreen Azminda Hamil Lagi, Ini Reaksi Tuan Badan

Share

Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda ada memuat naik beberapa keping foto terkini di laman media sosial Instagram.

Menerusi entri berkenaan, Izreen atau nama lengkapnya Izreen Azminda Aznam kelihatan sangat ayu dan manis mengenakan jubah.

Meninjau ke ruangan komen, ada peminat bertanya sama ada bintang ini sedang berbadan dua atau sebaliknya.

“Kami nampak macam baby bump,” tulisnya.

Lalu, pelakon berusia 34 tahun ini ada memberi respon terhadap soalan yang diajukan oleh peminat tersebut.

“tu bukan baby bump ampaa…tu lemak kami…badan kami naik ni,” balas Izreen.

Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.

Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.

Foto: Instagram Izreen Azminda

Published by
Nazar Rafiqhi