Pelakon Fiza Abdul Halim ada menyatakan rasa tidak berpuas hati apabila dikenakan bayaran yang tidak berbaloi oleh sebuah restoran untuk satu hidangan yang dimakannya.
Bekas anggota kumpulan Elite itu menyatakan rasa menerusi Instagram.
Menurut Fiza, dia hanya mengirim nasi goreng cina tanpa sayur dan hanya berlaukkan telur buat anak-anaknya.
“Berbaloi ke dengan 2 bunglus nasi goreng cina kosong, untuk anak-anak saya, tak ada sayur tak ada ayam, just nasi dan telur sahaja, Qbistro charge RM23.60?
“Terkejut beruk saya bila dengar sepupu saya bawa balok nasi dan bil ni,” tulisnya.
Pada masa sama, Fiza turut meminta agar pihak yang berkenaan memantau para pekerja yang baginya tidak adil diperlakukan sedemikian.
Aduhai, memang macam mahal je kan. Lainlah kalau di dalam nasi goreng tu di masukkkan macam-macam lauk!
Foto: Instagram Fiza