Menerusi entri terkini di Instagram, pelakon Nabila Huda ada memuat naik beberapa keping foto terkini bersama pengikutnya.
Menariknya, pelakon berusia 35 tahun itu telah berkongsi foto memakai kain batik di tepi pantai sekitar perkampungan di Dungun, Terengganu.
Bukan itu sahaja, bintang filem Munafik ini kelihatan sangat anggun dalam persalinan klasik, lengkap mengenakan kain batik.
Difahamkan ibu kepada seorang cahaya mata ini menjalani pengambaran sebuah di bawah produksi pelakon, Janna Nick.
Dalam pada itu, rata-rata peminat memberi komen dan memuji Abil yang kelihatan cantik seumpama wanita melayu terakhir.
Foto: Instagram Nabila Huda