Penyanyi, Diddy Hirdy mengutuk sekeras-kerasnya budaya menggunakan kata-kata berunsur penghinaan di dalam komunikasi seharian tidak kira sama ada ketika bekerja mahupun menuntut ilmu.

Menurut Diddy, kata-kata yang keluar daripada mulut seorang penghina ini disifatkan seperti tidak menghormati maruah orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by D.Hirdy (@diddyhirdy)

“Jangan normalisasikan penghinaan dalam budaya komunikasi kita! Tak kira la berkomunikasi dalam environment bekerja, menuntut ilmu.

“Di alam pekerjaan, jika pernah dihina, bermakna kita ni level-level hamba di mata penghina dan mudahnya maruah kita diperkotakkatikkan. Ada sisi #modernslavery disitu,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

“Macam Personal Attack Pula & Mencerminkan Hati Penghina,” – Diddy Hirdy Kecam Tindakan Menghina Ketika Bertutur, Anggap Seperti Penghambaan Moden “Macam Personal Attack Pula & Mencerminkan Hati Penghina,” – Diddy Hirdy Kecam Tindakan Menghina Ketika Bertutur, Anggap Seperti Penghambaan Moden

Ads

Pada masa sama, Diddy yang juga merupakan salah seorang pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia turut menyeru kepada semua pihak untuk menjadikan kata-kata hinaan itu sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya.

“Ketika menuntut ilmu pula, kalau pernah dihina, tolong jangan terima atau membenarkan penghinaan tersebut mematikan semangat untuk terus berjaya.

“Jadikan ia satu semangat untuk menjadi manusia yang luar biasa, dan berjanji takkan menjadi penghina ‘baru’ yang terus menormalisasikan budaya menghina ini dalam segala aspek kehidupan kita,” ujarnya lagi.

Ads

“Macam Personal Attack Pula & Mencerminkan Hati Penghina,” – Diddy Hirdy Kecam Tindakan Menghina Ketika Bertutur, Anggap Seperti Penghambaan Moden

Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-4 ini turut merasakan tidak salah bagai seseorang itu untuk memberi teguran tetapi haruslah berpada-pada dan meggunakan cara yang betul

“Mengkritik dengan berasas perkara biasa. Menghina ni macam personal attack pula dan mencerminkan hati penghina. Bukan masalah cepat koyak atau terlalu sensitive.

Ads

“Semua orang (for sure!) ada perkara yang tak suka untuk disentuh dan ada tahap sensitiviti masing-masing. Bukankah menjaga keharmonian sesama manusia itu mulia? Solusinya disini, jom kita usaha menjadi manusia yang beradab dan menjauhi sikap biadap,” akhirinya.

“Macam Personal Attack Pula & Mencerminkan Hati Penghina,” – Diddy Hirdy Kecam Tindakan Menghina Ketika Bertutur, Anggap Seperti Penghambaan Moden “Macam Personal Attack Pula & Mencerminkan Hati Penghina,” – Diddy Hirdy Kecam Tindakan Menghina Ketika Bertutur, Anggap Seperti Penghambaan Moden

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar budaya menghina orang lain dapat dihentikan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Diddy Hirdy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI