
Perkongsian video anak kepada pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana mengenakan bulu mata begitu mencuit hati.
Malah, gelagatnya juga seakan-akan sama dengan si ibu yang cukup sinonim dengan bulu mata palsu.
Apatah lagi gelagat ala diva yang ditonjolkan dengan pertanyaan “macam @rozitachewan1 tak?” membuatkan netizen geli hati.
View this post on InstagramAaisyah mcm @rozitachewan1 tak? #aaisyahdhiarana #august2019
A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on
Ruang komen dipenuhi reaksi netizen yang terhibur dengan keletah si comel ini.
Untuk rekod, Rozita, 45 dan Zain, 34 mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 4.
Sementara Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki, Ammar Affendy, 22 dan Aniq Ezzra, 20, hasil perkahwinannya terdahulu.
Foto : Instagram Aaisyah Dhia Rana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Potongan Badan Walaupun Dah Nenek-Nenek,”- Tampak Bergaya, Penampilan Didie Alias Terima Pujian Peminat

Pelakon dan pengacara terkenal, Didie Alias ada berkongsi foto dirinya bersama dengan pengacara Uyaina Arshad di laman media sosial Instagram miliknya.
Difahamkan, kedua-dua selebriti ini telah terlibat dengan program hiburan Famili Duo yang bersiaran di saluran TV3.
Menariknya, penampilan ibu kepada enam orang cahaya mata ini nyata kelihatan sangat bergaya dan elegan.
“Good Morning With my beautiful girl @uyainaarshad#familiduo,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen entri berkenaan.
Lantas, perkongsian bintang drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini telah menjadi perhatian peminat.
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat memuji penampilan Didie yang tampak sangat bergaya meski sudah menjangkau usia 49 tahun.
Sekadar informasi, Famili Duo ini telah dihoskan oleh Uyaina manakala Didie dan pelawak Mark Adam sebagai juri tetap program yang bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di TV3.
Foto: Instagram Didie Alias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bagi Yang Bod*h Tak Faham-Faham…,” – Sharifah Shahora ‘Sound’ Setempek!

Seperti umum mengetahui, sektor seni kreatif antara skop yang turut terjejas akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran situasi pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara sebelum ini.
Lalu, pelakon Sharifah Shahora menarik nafas lega apabila sektor seni kreatif kini mulai kembali pulih apabila syarikat produksi telah dibenarkan untuk menjalankan pengambaran dalam norma baharu mengikut prosedur yang diberikan
Shahora pada masa sama meluahkan rasa syukur apabila kru dan tenaga kerja belakang tabir kini kembali mampu memperoleh sumber pendapatan untuk kelangsungan hidup sebagaimana sebelumnya.
“Prep for #keluargauntukdisewa, sambung balik untuk shoot yang dah tertangguh selama 4 bulan. Tapi preparation macam nak shoot job baru, @elevenfieldcreative.
“Harap supaya job baru dapat dimulakan dengan segera memandangkan ramai poket pengiat seni yang dah tenat sekarang. Sebulan dua dapat la bertahan dengan duit simpanan,” tulisnya.
Bagaimanapun, bintang berusia 46 tahun ini meluahkan turut rasa andai ada segelintir pihak yang memberi tanggapan negatif terhadap sektor seni kreatif berhubung isu hilang sumber pendapatan.
Jelasnya, sektor seni kreatif bukan sahaja melibatkan sebilangan artis sahaja malah ia turut melibatkan ribuan tenaga kerja di belakang tabir.
“4 bulan masing-masing ada tanggungan. Bagi yang bodoh tak faham-faham, shooting ni bukan nama artis atau pelakon jer ya tapi belakang tabir tu crew crew pun beribu ribu perlukan kerja.
“Kasi otak tu berjalan skit jangan ingat artis, artis artis jer mintak simpati.
“Ramai lagi selain dari artis yang bekerja di bawah Industri kreatif ni. Kan kakak dah marah. Korang pun perlukan kerja untuk teruskan kehidupan sama la dengan pengiat seni.
“Tengok akak marah lagi. Candid pic by abg mukhriz dia mmg tak nk bini dia lawa dlm gambar kan,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Sharifah Shahora
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijjaz Nasihat Kaum Wanita Andai Tak Mampu Jaga Diri, Jangan Ceburi Dunia Hiburan

Memohon agar saudara wanita untuk lebih berhati-hati menjalani kehidupan sebagai seorang Muslimah yang baik, kumpulan nasyid, Hijjaz berkongsi bahawa tuntutan Allah SWT adalah yang paling utama untuk dilaksanakan meski dalam apa sahaja pekerjaan.
Ulas Hijjaz lagi, tiada masalah andai seorang wanita ingin menceburi bidang hiburan, namun dengan syarat mampu untuk jaga diri dan maruah.
“Dalam hidup, perkara paling utama adalah memenuhi tuntutan Allah SWT walau dalam apa yang dilakukan termasuk tuntutan mencari nafkah. Apabila sudah termaktub tidak boleh, walau atas apa sekalipun dasarnya, kita harus menolak.
“Contohnya seorang pelakon diminta memegang tangan bukan muhrim, jika menolak dan mungkin akan mengakibatkan dia dibuang…. Terima dan yakin rezeki bukan pengarah yang tentukan.
“Semuanya dari Allah. Situasi yang berlaku adalah satu ujian buat pelakon tersebut. Apakah tindakannya? Jika dia mengikut arahan, itulah ujian baginya.
“Seperti yang termaktub dalam surah Al-Mulk, hidup mati hanyalah ujian. Siapa yang berjaya menempuh ujian ini, InsyaAllah.
“Saya nasihatkan wanita di luar sana, kita kena ada prinsip. Rezeki di tangan Allah,” ulas mereka.
Kumpulan ini ditemui media pada majlis pelancaran single terbaru Hijjaz bersama Tomok berjudul Sumayyah 2019.
Pada masa sama, kumpulan yang dianggotai Munif, Isman, Faizal dan Arifin ini turut mengulas lanjut bagaimana seharusnya seseorang wanita itu digambarkan dalam Islam.
“Malu sebahagian daripada iman. Tiada masalah andai kaum wanita ingin sertai industri hiburan, tapi penjagaannya harus lebih berbanding hal lain.
“Wanita sangat berharga dalam Islam dan disebabkan itu Nabi Muhammad SAW sangat tekankan dan menyebut supaya jaga wanita, isteri, anak perempuan.
“Bila masuk dalam industri, aurat adalah perkara pertama harus dijaga, elakkan wangi-wangian dan bagaimana cara penyampaian. Jadi tiada masalah wanita ingin masuk dalam industri hiburan, namun jika perkara ini dijaga, insyaAllah tiada fitnah akan berlaku.
“Allah berikan wanita sebagai ujian. Seperti lagu Sumayyah, kami mahu jadikan inspirasi untuk wanita. Sumayyah ialah wanita yang dibunuh dan diseksa sampai mati.
“Bagaimanapun dia mati dengan kalimah syahadah. Kami mahu semua wanita jadi seperti Sumayyah.
“Wanita itu harus bersederhana, jika berlebihan akan menjadi fitnah. Cabaran bagi wanita ialah kena jaga diri, jika tidak boleh jangan masuk industri hiburan. Kerana akhir zaman ini, risiko terlalu tinggi,” jelasnya kepada MH.
Dalam perkembangan lain, kumpulan nasyid popular ini bakal melancarkan single Sumayyah 2019 berduet dengan Tomok.
Mengharapkan reaksi positif dari pencinta muzik, single berkenaan akan dilancarkan dalam tempoh terdekat.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI