Pelakon Syatilla Melvin awal semalam ada berkongsi tips menyusu buat kaum ibu, khasnya bagi yang berpuasa di bulan Ramadan.

Perkongsian tersebut dibuat finalis Dewi Remaja 2010 itu menerusi sepotong video lalu dikongsikam menerusi Instagram miliknya.

Menerusi video berkenaan, Tilla antara lain memberitahu, seorang ibu yang menyusukam anak secara normal perlu amal pemakanan berkhasiat serta minum air dengan secukupnya.

IKLAN

“Hari ke 4 puasa ni susu badan mami ok dak? Ni tilla share tips untuk banyakkan susu badan.

“Pastikan mami makan dan minum secukupnya waktu buka dan sahur ye. Elak dari makan pedas, kafien, makanan terlalu manis dan berminyak.

IKLAN

“Paling penting kena ambil MilkUp Candy sebagai supplement tambahan. InsyaAllah susu badan ampa maintain banyak je,” tulisnya pula di ruangan kaspyen.

Terdahulu, Syatilla dan suaminya, aktor Shaheizy Sam menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka, Sarima Samheizy pada 17 April lalu.

IKLAN

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki sebelum ini, Syeriv Samheizy.

Foto: Instagram Samtilla

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI