Sudah satu tahun sembilan bulan bergelar ibu tunggal, bekas isteri pemuzik bebas, Ude Wahid iaitu Intan Liana Salleh berkongsi rasa dalam fasa menjalani kehidupan sendiri tanpa insan bergelar suami di sisi.
Menerusi video Sinar Live, Intan akui pada peringkat awal, dia merasakan dunia sudah gelap.
Namun, anak-anak menjadi kekuatan untuk meneruskan hidup dan bangkit dari kesedihan yang melanda dirinya.
“Sekarang ini nak kata totally move on itu, Insyallah sebab saya sudah menjalani kehidupan seperti biasa bersama anak-anak.
“Saya sentiasa fikir bahawa saya ada anak-anak dan sentiasa lihat pada masa hadapan kerana hidup perlu diteruskan.
“Tipulah kalau tak ada masa sedihkan. Kadang-kadang ada juga masa sedih. Saya bangkit untuk diri sendiri dan anak-anak sebab gelaran ibu tunggal itu menjadikan kita lebih kuat untuk membesarkan anak-anak,” katanya.
Lebih gemar mendengar lagu-lagu sedih, Intan yang merupakan selebriti media sosial merasakan ia satu kepuasan apabila mendengar lagu genre sedemikian.
“Lain orang, lain caranya ketika move on, macam saya, saya lebih suka dengar lagu sedih, apabila air mata keluar dan saya akan rasa ia satu kepuasan.
“Kemudian layan anak-anak dan sibukkan diri dengan cara mencari sumber pendapatan melalui reviu produk.
“Selepas kes penceraian itu, Alhamdulillah, rezeki saya mencurah-curah dengan membuat reviu produk dan itu merupakan sumber pendapatan saya kerana sebelum ini saya tidak bekerja,” kongsinya jujur selepas tiga tahun menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
Dalam perkembangan lain, Intan kini sedang berjinak-jinak mahu membuka perniagaan sendiri dengan bantuan dan sokongan ahli kelurga dan rakan-rakan.
Untuk rekod, Intan dan Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Mereka bercerai pada 22 Mac 2018 dengan talak satu.
Ude kemudian berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim, 6 bulan.
Video : Sinar Live
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI