Madammu Optimis Sasar 1,000,000 Pelanggan Dalam Tempoh 3 Tahun, NOIR Terus Sukses & Komited Lahirkan Usahawan

Share

Selari dengan aspirasi syarikat dalam mengembangkan lagi perniagaan pasca pandemik, Noir Health & Beauty Sdn Bhd (NOIR) nyata komited dalam melahirkan lebih ramai lagi usahawan wanita yang berjaya mengubah status dan taraf hidup mereka.

Noir Circle Meeting (NCM) 2022 yang diadakan di The Ritz Carlton Hotel Kuala Lumpur pada 28hb & 29hb Jun 2022 misalnya menjadi langkah strategik NOIR bagi memastikan kumpulan usahawan Apprentice NOIR terus komited dan faham dengan hala tuju perniagaan NOIR dengan terperinci.

NCM merupakan sesi pembentangan dan perbincangan yang dikendalikan Madammu dan Azri Che Noh sebagai teraju utama NCM 2022 dalam memacu dan membawa para usahawan NOIR ke arah hala tuju perniagaan yang lebih jelas.

Ia diadakan pada setiap 6 bulan tiap tahun oleh pihak syarikat NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. dan dibimbing secara terus oleh pengasasnya, Eriyca Baiduri atau Madammu, selain kursus keusahawanan atas  talian yang dijalankan secara konsisten.

NOIR juga komited untuk mencapai angka 1,000,000 pelanggan, 200,000 ahli NOIR yang aktif dan 100 usahawan jutawan menjelang 2025.

Kali ini, Madammu turut berkongsi nilai-nilai yang diperjuangkan oleh setiap usahawan NOIR dengan berpegang kepada nilai BEAUTE iaitu Brave (Berani), Energetic (Bertenaga), Authentic (Asli), Unshakeable (Tidak Mudah Tergugat), Transformation (Transformasi) dan Empower (Memperkasa).

Nilai-nilai ini telah memberikan objektif jelas yang membantu para usahawan NOIR untuk kekal  fokus dan komited.

Selain sesi pembentangan hala tuju perniagaan, NCM kali ini turut dimeriahkan dengan majlis apresiasi pencapaian para usahawan wanita NOIR.

NOIR berbangga dengan pencapaian para usahawannya yang berjaya mengecapi impian, mengubah hidup dan memberikan keselesaan kepada keluarga mereka dengan mampu membeli kereta baru, rumah yang lebih selesa, pendapatan yang lumayan dan sebagainya.

Sehingga ke hari ini, NOIR berjaya melahirkan 30,000 wanita yang memilih untuk memulakan perniagaan bersama NOIR sebagai perniagaan pertama mereka.

Diinspirasikan daripada keinginan untuk berkongsi rahsia kecantikan kulit sihat berseri menerusi bahan-bahan premium halal, selamat dan semula jadi, NOIR melestarikan unsur alam ini melalui rangkaian produknya.

Hasilnya, syarikat itu  berjaya merangkul anugerah “Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik” dalam  Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019 selain tersenarai di dalam Nona Top Beauty Entrepreneur 2020.

Malah, Madammu juga diiktiraf sebagai antara 16 usahawan produk kecantikan terkemuka di negara kita dan dipaparkan dalam majalah Nona terbitan  Januari 2020.  

Seiring dengan kualiti produk premium yang dihasilkan, jenama produk NOIR turut  menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam “Kategori Kesihatan &  Kecantikan” satu pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat tempatan dalam menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit, kosmetik dan kesihatan yang  diyakini serta bermutu tinggi.

NOIR yang juga penerima The BrandLaureate – The World’s  BestBrands e-Branding Awards

dalam kategori “Cosmetic and Skin Care  Solution” 2020 mencuri tumpuan apabila menjadi penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

Published by
MH