Dua ikon muzik antarabangsa, Madonna dan Elton John akhirnya menamatkan perseteruan yang telah berlangsung selama lebih dua dekad, selepas saling mengkritik secara terbuka sejak tahun 2004.

Perkembangan itu dikongsi oleh Madonna menerusi akaun Instagram rasminya pada Isnin lalu apabila beliau memuat naik gambar bersama Elton John yang diambil ketika mereka bertemu di belakang pentas rancangan terkenal, Saturday Night Live (SNL).

“Kami akhirnya berdamai!” tegasnya.

Imbas kembali, persengketaan antara kedua-dua artis ini bermula apabila Elton John secara terbuka mengkritik Madonna, khususnya berkenaan pencapaiannya dalam bidang nyanyian dan persembahan pentas.

“Selama beberapa dekad, saya berasa sedih kerana seseorang yang saya kagumi secara terbuka menyuarakan ketidaksukaannya terhadap saya sebagai seorang artis. Saya tidak pernah memahaminya,” kongsinya momen yang membuatkan dia terasa hati.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madonna (@madonna)

Menurut Madonna lagi, dia mengambil keputusan untuk hadir ke rakaman SNL sebaik sahaja mengetahui Elton John menjadi tetamu persembahan muzik minggu tersebut.

Ads

“Saya perlu ke belakang pentas dan berdepan dengannya.Sebaik kami bertemu, kata-kata pertama yang keluar dari mulutnya ialah ‘maafkan saya’ dan tembok di antara kami pun runtuh.

“Kemaafan ialah satu kekuatan yang luar biasa. Dalam beberapa minit, kami saling berpelukan,” kongsi penyanyi berusia 66 tahun itu lagi.

Ads

Madonna turut mendedahkan bahawa hubungan mereka bukan sekadar baik, bahkan Elton John telah menulis sebuah lagu khas untuknya dan menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dalam masa terdekat.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI