“Mahu Belajar Menjadi Lebih Baik, Bukan Mudah Untuk Istiqamah,” – Tya Arifin Ulas Fasal Foto Bertudung

Share

Penampilan Tya Ariffin yang kini mengenakan hijab sebagaimana yang dikongsikan menerusi Instagram mendapat perhatian peminat.

Rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat ibu kepada dua cahaya mata itu selain memanjatkan doa agar bintang cantik ini kekal istiqamah.

Berkongsi mengenai perkara itu kepada Berita Harian, isteri kepada Asyraf Khalid ini mendedahkan dirinya masih dalam proses belajar dan membiasakan diri mengenakan tudung.

“Saya tidak mahu pantas mengiyakan persoalan apakah saya sudah bertudung atau sebaliknya.

“Hakikatnya, saya sedang mencuba dan membiasakan diri. Saya mahu belajar untuk menjadi lebih baik… Bukan mudah untuk istiqamah.

“Dalam hidup ini, apa yang pasti, kita sentiasa mahu menjadi insan yang lebih baik. Malah, dengan apa yang saya nikmati saat ini daripada Allah, saya fikir saya belum jadi hamba-Nya yang baik,” katanya seperti yang dipetik.

Malah pada masa sama, pelakon yang kini bergelar usahawan ini turut memberitahu dia dan suami ada memasang niat untuk tunaikan umrah andai diberikan rezeki jadi tetamu Allah.

“Jika ada rezeki, kesempatan dan ruang, saya mahu menunaikan umrah bersama suami,” ujar Tya yang mendirikan rumah tangga dengan Asyraf pada 1 November 2015 lalu.

Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Tya Arifin

Published by
MH