Penyanyi, Loca B mengumum pengunduran dirinya daripada industri seni tanah air pada Jumaat.
Menurut Loca atau nama sebenarnya Nabilah Hani Azali, dia merasakan industri seni ketika ini sudah tidak sihat dan dia kini mahu memberikan fokus untuk membesarkan anak-anak.
“Ini merupakan persembahan terakhir saya sebagai Loca. Saya tidak lagi berminat untuk muncul di dalam industri seni tanah air.
“Saya sangat suka menjadi seorang ibu dan isteri. Saya mahu memberikan fokus kepada kehidupan yang saya lahirkan ke dunia ini.
“Malah, saya rasa tak berbaloi untuk berhadapan dengan sikap mereka yang suka tikam belakang dan memburukkan keadaan,” tulisnya.
Pengumuman itu dikongsikan oleh isteri kepada penyanyi, K-Clique itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Ads
Katanya lagi, dia juga mahu sama-sama memelihara rumah tangganya ke arah yang lebih baik.
“Institusi rumah tangga tidak lagi dihormati. Ke mana saya pergi, orang masa kini secara terbuka tidak menghormati pasangan mereka.
“Ramai yang menggunakan agama untuk menutupi perkara sebenar,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Loca turut memaklumkan dirinya kini sedang berusaha untuk memberikan didikan agama yang sempurna buat anak-anak.
Ads
“Saya nak anak-anak saya belajar perkara yang saya tidak dapat belajar ketika muda. Saya mahu menjadi contoh teladan kepada anak-anak tentang hubungan yang sihat.
“Saya mahu rumah tangga yang indah tanpa perlukan validasi daripada orang luar. Saya mahu anak-anak memahami agama secara luar dan dalam serta bagaimana untuk menjadi manusia yang jujur.
“Saya mahu minda yang sihat. Limpahkanlah saya dengan ilmu. Palestin telah membuka minda saya. Saya rasa bertuah. Alhamdulillah,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Loca mula aktif sejak 2018 dan dikenali menerusi gandingan Noki K-Clique sebagai penyanyi rap dalam lagu Gila nyanyian Kaka Azraff.
Ads
Lagu berkenaan berjaya menjulang trofi
Anugerah Juara Lagu ke35 (AJL35).
Loca dan Tuju atau Muhd Azree Shah Awang Zamree berkahwin pada Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Bintang Aiko.
Dia juga mempunyai seorang anak lelaki, Yusuf Alexander hasil dari perkahwinan terdahulu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Asheed (Def Gab C) diumumkan sebagai bintang yang tersingkir dalam saingan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) minggu suku akhir sekaligus gagal melangkah ke peringkat seterusnya.
Asheed yang menyampaikan lagu Lena Diulit Intan yang dipopularkan oleh Wings hanya memperoleh 58.60 peratus markah, menduduki tempat yang paling rendah minggu ini.
Sementara itu, persembahan bertenaga Shila Amzah ketika menyampaikan lagu Survivor dari Destiny’s Child berjaya meraih markah tertinggi iaitu sebanyak 85.30 peratus.
Hazrul Nizam dan Jaclyn Victor masing-masing menduduki kedudukan ketiga dan keempat dengan 81 peratus dan 80.50 peratus.
Berikut kedudukan markah kesemua bintang bertanding minggu ini;
Bertemakan You Like, I Like, 9 peserta GV9 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, naib juara pula akan meraih RM50,000.
Manakala bintang yang diumumkan sebagai pemenang ketiga akan menerima RM30,000.
Tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
GV9 mula bersiaran 18 September lalu Auditorium MBSA, Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memasuki enam tahun usia perkahwinan yang disambut pada Khamis, pelakon Nora Danish mendedikasikan satu ucapan khas buat suaminya, Nedim Nazri.
Menerusi laman Instagram miliknya, Nora atau nama sebenar, Nora Mohd Danish Haniff, 41, memuat naik komplikasi video momen-momen indah dan manis sepanjang perkahwinannya termasuk aksi berkucupan dengan suami.
“Yeppie Yanni Ver Seriiii hubs! Six years of marriage.
“Alhamdulillah, terima kasih Allah di atas pinjaman yang sangat berharga ini,” tulis Nora di ruangan kapsyen.
Nedim, 40, kemudian membalas ucapan tersebut dengan menghargai setiap tahun-tahun terindah yang telah dinikmatinya sepanjang hidup bersama Nora.
“Syukur Alhamdulillah sayang, six years and counting. Thank you for the wonderful years and more.
“Thank you everyone for the wish,” tulis Nedim.
Pasangan ini juga berkongsi yang mereka sempat menyambut detik ulang tahun perkahwinan dengan membeli street burger yang dijadikan sebagai makanan supper kedua-duanya.
“Our Ramadan anniversary in the car, saya belanja dia burger,” kata Nedim dalam video yang dikongsikan di InstaStory.
Untuk info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia lima tahun.
Nora dan Nedim turut memiliki anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayqal Ramli, 14, dan Mohamed Nedrin, 12 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik Eriyca Baiduri terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas mengalami kebocoran air ketuban, pada pagi Jumaat lalu.
Eriyca atau lebih mesra disapa sebagai Madammu menjelaskan, dia pada ketika itu sedang mengalami kontraksi ringan dan tidak menolak kemungkinan terpaksa melahirkan anak pertamanya lebih awal daripada jangkaan sebenar susulan situasi terkini yang berlaku.
Memetik laporan media, Madammu yang sepatutnya melahirkan bayi secara pembedahan melalui proses in vitro fertilization (IVF), akur jika perlu melahirkan anaknya itu secara normal.
Dalam pada itu, meninjau akaun TikTok milik Madammu, Aidil yang juga content creator peribadi usahawan berkenaan berkongsi beberapa video terkini Madammu.
Aantaranya ialah sedutan program Diari Madammu yang bersiaran di Astro Ria setiap Sabtu bermula 3 Jun lalu jam 10.00 malam.
“I percaya ramai yang rindukan Madammu. Okay here you go Aidil throwback journey Madammu pregnant since ada yang kata perut Madammu 3 bulan 8 bulan sama besar!
“Apa yang I notice Madammu mula comel sangat tu sejak 8 bulan pregnant,” tulis Aidil sambil disusuli dengan pelbagai komen peminat yang bertanya mengenai keadaan terkininya.
“Madammu dah selamat bersalin ke? Lama tak FYP.”
“Ahhh ni buat teringin nak preggy lagi.”
“Moga dipermudah urusan. Mendapat zuriat soleh solehah membawa ke syurga.”
“Rindunya Madammu… Semoga baby& Madammu selalu dalam lindungan Allah.”
“Cantiknya mom to be ni. Semoga dipermudahkan urusan.”
Diari Madammu antara lain memaparkan kehidupan realiti Madammu bersama keluarga yang tidak pernah dikongsikan di media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Elfira Loy mendedahkan, permulaan kariernya dalam industri seni bukan kerana minat, tetapi demi membantu ibunya, Filzah Yusoff, menambah pendapatan bagi menampung...