Berita

“Mahu Beri Didikan Agama Buat Anak-Anak,”- Dunia Seni Penuh ‘Kepalsuan’, Loca B Umum Undur Diri

Share

Penyanyi, Loca B mengumum pengunduran dirinya daripada industri seni tanah air pada Jumaat.

Menurut Loca atau nama sebenarnya Nabilah Hani Azali, dia merasakan industri seni ketika ini sudah tidak sihat dan dia kini mahu memberikan fokus untuk membesarkan anak-anak.

“Ini merupakan persembahan terakhir saya sebagai Loca. Saya tidak lagi berminat untuk muncul di dalam industri seni tanah air.

“Saya sangat suka menjadi seorang ibu dan isteri. Saya mahu memberikan fokus kepada kehidupan yang saya lahirkan ke dunia ini.

“Malah, saya rasa tak berbaloi untuk berhadapan dengan sikap mereka yang suka tikam belakang dan memburukkan keadaan,” tulisnya.

Pengumuman itu dikongsikan oleh isteri kepada penyanyi, K-Clique itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Katanya lagi, dia juga mahu sama-sama memelihara rumah tangganya ke arah yang lebih baik.

“Institusi rumah tangga tidak lagi dihormati. Ke mana saya pergi, orang masa kini secara terbuka tidak menghormati pasangan mereka.

“Ramai yang menggunakan agama untuk menutupi perkara sebenar,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Loca turut memaklumkan dirinya kini sedang berusaha untuk memberikan didikan agama yang sempurna buat anak-anak.

“Saya nak anak-anak saya belajar perkara yang saya tidak dapat belajar ketika muda. Saya mahu menjadi contoh teladan kepada anak-anak tentang hubungan yang sihat.

“Saya mahu rumah tangga yang indah tanpa perlukan validasi daripada orang luar. Saya mahu anak-anak memahami agama secara luar dan dalam serta bagaimana untuk menjadi manusia yang jujur.

“Saya mahu minda yang sihat. Limpahkanlah saya dengan ilmu. Palestin telah membuka minda saya. Saya rasa bertuah. Alhamdulillah,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Loca mula aktif sejak 2018 dan dikenali menerusi gandingan Noki K-Clique sebagai penyanyi rap dalam lagu Gila nyanyian Kaka Azraff.

Lagu berkenaan berjaya menjulang trofi

Anugerah Juara Lagu ke35 (AJL35).

Loca dan Tuju atau Muhd Azree Shah Awang Zamree berkahwin pada Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Bintang Aiko.

Dia juga mempunyai seorang anak lelaki, Yusuf Alexander hasil dari perkahwinan terdahulu.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
Aizam Manaf