Mahu memberi peluang dan sokongan kepada bakat baharu industri muzik tempatan antara faktor utama mereka menjadi pilihan untuk beraksi dalam konsert yang dianjurkan.
Perkara itu dinyatakan oleh orang kuat syarikat pengeluar LPG, AC Gas yang menjadi penaja konsert SuriaVolusi pada bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AC Gas Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman berkata, mereka membuat permintaan itu kepada stesen radio Suria FM kerana faham susah payahnya bagi orang baharu memulakan langkah sebelum berjaya.
“Kami pernah melalui fasa mencabar ketika masih baharu memulukan perniagaan sekitar 2016 termasuk berdepan dengan pandemik Covid-19.
“Saya tahu, sebagai orang baharu juga ramai yang belum percaya dengan kebolehan kita dan tidak tahu apa yang kita mampu lakukan,” katanya dalam sidang media sempena konsert SuriaVolusi anjuran Suria FM baru-baru ini.
Lantaran itu, Nik Mohd Fareez berkata pihaknya meminta Suria FM supaya memilih bakat baharu di samping bintang otai dalam konsert yang bakal diadakan di dua lokasi iaitu Petaling Jaya dan Kota Bharu.
Baginya, anak muda yang mahu memulakan tapak dalam industri muzik perlu diberikan sokongan dan ruang supaya mereka lebih menyerlah.
“Seperti AC Gas juga ketika mahu memulakan tapak ada yang sangsi dengan kami namun setelah diberikan kepercayaan kami semakin dikenali dan menjadi pilihan pengguna.
Ads
“Alhamdulillah kami sudah mempunyai 65 wakil sah berdaftar di seluruh Malaysia dan menggeluarkan 90,000 tong gas baharu sebulan melalui kilang kami di Meru,” katanya.
Pengurus Besar Suria FM DJ Lin turut menyambut baik permintaan AC Gas itu dan mengakui stesen radio berkenaan turut mempunyai pendirian yang sama.
Dia berkata, Suria FM sentiasa memberikan peluang kepada artis baharu meskipun mereka belum menempa nama sehinggalah sudah dikenali.
“Di Suria FM kami tidak pernah pilih bulu. Semua penyanyi kami layan sama rata dan menyediakan peluang untuk mengetengahkan karya mereka.
Ads
“Ini termasuk dalam setiap acara dan konsert kami seperti siri jelajah sebelum ini yang sentiasa membabitkan bakat baharu, artis muda dan senior,” katanya.
SuriaVolusi yang dipersembahkan oleh Suria FM dan AC Gas, bakal berlangsung pada 21 dan 28 Oktober ini masing-masing di The Curve, Petaling Jaya serta di KB Mall, Kota Bharu Kelantan.
Antara barisan artis popularyang terlibat ialah seperti Azlan and The Typewriter, Khai Bahar, Adira, Aris Ariwatan, Baby Shima, Floor 88, Kristal X, Aju Success, Halim Yazid & Dikir Barat dan Renggo Arrow.
Manakala barisan bakat baharu yang turut menjadi pilihan ialah Alyssa Dezek, Xone, Chaca Tisha, Aidilia Hilda, Killa Driz, Siqma X Razzuan, Shafiq Abdillah dan Asraf Nasir
Ads
Mengulas lanjut, Nik Mohd Fareez berkata, AC Gas berminat untuk menaja konsert SuriaVolusi kerana kesan positif selepas beberapa kali menyertai program anjuran Suria FM.
Akuinya, stesen radio itu membantu jenama syarikatnya AC Gas dikenali termasuk membabitkan peningkatan dari segi jualan.
“Kami sudah bersama Suria FM dalam banyak program sebelum ini dan terbukti memberikan impak yang baik kepada AC Gas dan kami percaya dengan kemampuan mereka membantu meluaskan perniagaan kami.
“Lebih menarik, kami juga bakal muncul dengan satu projek mega bersama Suria FM bagi tahun 2024 yang belum pernah dilakukan sebelum ini,” katanya.
AC Gas juga bakal berkongsi rezeki dengan pengunjung di dua lokasi konsert SuriaVolusi membabitkan hadiah bernilai RM50,000 termasuk wang tunai.
Kota Bharu juga menjadi pilihan kerana ia menjadi lokasi penubuhan syarikat itu dan AC Gas mula menapak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sambil merakamkan rasa syukur, usahawan ini turut menyatakan zuriat merupakan suatu rezeki yang tak ternilai.
Terdahulu, penyanyi Pujaan Hatiku ini telah menjalani pembedahan Caesarean atau LSCS untuk kelahiran anak ketiganya.
“Alhamdulillah…aku sujud syukur kepada Mu ya Allah. Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya.
“Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta. #anakke10 #rezekiyangtidakternilai,” tulisnya sambil disusuli dengan ucapan tahniah atas pertambahan cahaya mata baru dalam keluarga besarnya.
Malah beberapa jam sebelum Adira bersalin, Datuk Red turut berkongsi foto menerusi Insta Stories miliknya.
Begitu juga dengan Adira, yang turut berkongsi foto terkininya sebelum bersalin.
Adira dan Datuk Red telah berkahwin pada 3 Disember 2015 dan sebelum ini dikurniakan cahaya mata, Anggerik pada 10 Mac 2017 dan Asan pada 9 September 2018.
Sementara itu, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu mempunyai tujuh cahaya mata termasuk bersama isteri pertama dan terdahulu.
Datuk Red dan isteri pertamanya, Sharifah Norshafila Hassim atau sinonom disapa sebagai Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.
Sementara difahamkan, lelaki tersebut pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan dua cahaya mata. Tahniah Datuk Red dan Adira!
Foto: Instagram Adira, Datuk Red
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida Mohd Rashid semalam mendedahkan kisah disebalik pengambilan anak angkatnya itu.
Katanya, dia pada mulanya tidak bersetuju untuk mengambil anak angkat seterusnya menjadi ibu susuan kerana tidak yakin dengan dirinya sendiri namun dipujuk oleh suaminya.
“Kadang2 bukan semua benda yg saya suka dia buat, tapi bukan semua buruk.
“Banyak benda baik yg saya dah terikut perangai dia, dr seorang yg lembab saya dah jadi cepat, dr seorang yg x yakin saya dah ada keyakinan….
“Dari seorang yg x pandai niaga,x kreatif, saya dah bertambah baik.
“Dan yg paling penting ramai x tahu yg sebenarnya dari awal saya x bersetuju nak ambik anak susuan.
“Saya x nak dan x bersedia(sebab saya ni bukan baik mana pun)tapi @aliffsyukriterlajaklaris selalu cakap nak buat benda baik mmg susah….
“Kita jaga dorang Insya Allah esok lusa ada benda baik datang pada kita, jaga mereka biar kita x cukup baik x cukup kita sempurna tapi dah banyak kesenangan kita boleh bagi pada mereka.
“Mudahan jadi anak2 yg baik je meena qayyum dan anak2 yg lain…
“Mama abah x minta duit pun cukup jadi anak yg baik berjaya dunia dan akhirat,” tulisnya di Instagram.
Sebelum ini, Shahida dan Aliff sering berdepan dengan persoalan orang ramai apabila tidak membawa anak angkatnya, Ameena dan Qayyum bercuti di luar negara baru-baru ini.
Namun ia sudah dijelaskan oleh pasangan tersebut.
Foto/Instagram: DS Nur Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Peningkatan semasa pandemik Covid-19 di negara ini menimbulkan kebimbangan ramai orang apabila kes positif jangkitan itu kembali meningkat kepada 150 kes pada Ahad.
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin misalnya ada meluahkan rasa bimbang jika kes positif wabak terus meningkat.
Lalu, penyanyi lagu Persis Mutiara ini turut memberi nasihat agar individu yang diwajibkan menjalani tempoh kuarantin untuk mematuhi arahan pihak kerajaan.
“Minta semuanya dikuarantin di pusat kuarantin baru benarkan pulang ke rumah. Risau ada yang DEGIL dan TIDAK IKUT ARAHAN,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menyarankan pihak kerajaan agar melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di seluruh negara.
“Jika pihak kerajaan dapat arahkan PKPD sementara, Itu antara yang terbaik….kami rakyat sangat RISAU…..@mkn_rasmi @kkakmm_gov,” jelasnya lagi.