Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad ada berkongsi mengenai regim kecantikan yang dilakukan, khusus bagi mengekal dan menjaga penampilannya agar tampak yakin sentiasa.
Katanya, dia agak takut untuk mengambil mana-mana suplemen, lalu dia lebih gemar untuk mengamalkan petua kecantikan dengan cara sendiri.
“Kakak saya rajin blend buah tomato,lobak merah dan timun untuk dijadikan minuman. Memang sangat elok untuk wajah.
“Saya hanya akan tambah sedikit stevia sebagai pemanis. Minuman ini saya selalu amalkan pada waktu pagi, 3 kali dalam seminggu,” kongsinya.
“Saya takut untuk mengambil apa-apa suplemen cuma saya amalkan pengambilan cuka epal and it works like wonder. Sangat bagus kerana ia membantu proses detoks dalam badan,” jelas Uyaina seperti yang dipetik Hijabista.
Malah, bintang cantik ini juga pernah berkongsi cara-cara membuat masker dengan cukup mudah!
Ditanya mengenai caranya dalam menjaga tubuh pula, Uyaina mengakui badannya cepat naik. Lalu dia turut mengisi masa di gim.
Pada masa sama, dia turut mengawal pengambilan kuantiti makanan, seperti nasi.
“Kalau macam saya, saya mengawal pengambilan nasi dan tidak menikmatinya setiap hari. Cukup sehari sekali.
“Contohnya jika hari ini saya makan nasi, lagi 2-3 hari baru saya akan menikmatinya kembali.
“Untuk kekalkan stamina pula, saya akan selalu joging, lari, lakukan kardio dan squad. Biasanya dalam 30 minit hingga sejam, kata pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini.
Foto: Instagram Uyaina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI