Semalam, penceramah bebas Ustaz Ebit Lew telah meraikan ulang tahun anak sulungnya, Airis Safiyyah yang ke-11.

Bagi menghargai pengorbanan si isteri yang berkorban melahirkan dan membesar anak-anak, Ustaz Ebit telah menghadiahkan beg tangan berjenama buat isterinya.

“I love u bidadariku. Hari lahir anak. Kena kiss dan terima kaseh pada bidadari yang berkorban melahirkan anak semuanya. Terima kaseh sudi menemani abang dalam hidup ini.

“Terima kaseh setiap hari membuat abang jatuh cinta dengan sayang setiap hari dan menjadi penyejuk mata ini. Bulan 6. Hari lahir 3 orang saya sayang cintai di bulan ini. Arwah mak. Bidadari. Dan anak sulung

“Dari 12 tahun saya berdakwah kesana sini. Khidmat masyarakat kesana sini. Masa tu saya lihat keluarga guru saya yang menghargai bidadari mereka. Melayan isteri dan anak dengan baik. Suka tengok ayah saya melayan mak saya. Mak saya sayang dan menghormati ayah saya.

“Allah takdirkan dalam perjalanan hidup saya bertemu bidadari ini. Semuanya dikorbankan dan tak pernah mengeluh. Berjauhan, susah,penat,sakit kadang seorang diri saat saya tiada dirumah. Ya Allah maafkanlah saya. Dulu semua emas isteri gadaikan dan duit nak makan, pampers dan susu anak pun kadang tiada.

Ads

“Sentiasa mengukir senyuman dan menjadi ubat bagi hati dan penat dalam perjalanan ini. Semoga baki hidup kita ini.

“Kita berikan sebaiknya dengan izin Allah. Bersama kita didunia dan semoga dapat bersama di syurga selamanya. I love u bidadariku sayang. Terima kaseh ya Allah,” tulisnya.

View this post on Instagram

I love u bidadariku. Hari lahir anak. Kena kiss dan terima kaseh pada bidadari yang berkorban melahirkan anak semuanya. Terima kaseh sudi menemani abang dalam hidup ini. Terima kaseh setiap hari membuat abang jatuh cinta dengan sayang setiap hari dan menjadi penyejuk mata ini. Bulan 6. Hari lahir 3 orang saya sayang cintai di bulan ini. Arwah mak. Bidadari. Dan anak sulung . Dari 12 tahun saya berdakwah kesana sini. Khidmat masyarakat kesana sini. Masa tu saya lihat keluarga guru saya yang menghargai bidadari mereka. Melayan isteri dan anak dengan baik. Suka tengok ayah saya melayan mak saya. Mak saya sayang dan menghormati ayah saya . Allah takdirkan dalam perjalanan hidup saya bertemu bidadari ini. Semuanya dikorbankan dan tak pernah mengeluh. Berjauhan, susah,penat,sakit kadang seorang diri saat saya tiada dirumah. Ya Allah maafkanlah saya. Dulu semua emas isteri gadaikan dan duit nak makan, pampers dan susu anak pun kadang tiada. . Sentiasa mengukir senyuman dan menjadi ubat bagi hati dan penat dalam perjalanan ini. Semoga baki hidup kita ini. Kita berikan sebaiknya dengan izin Allah. Bersama kita didunia dan semoga dapat bersama di syurga selamanya. I love u bidadariku sayang. Terima kaseh ya Allah…-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Video yang dimuat naik ustaz Ebit kini telah meraih hampir setengah juta tontonan.

Ads

Terdahulu, Ustaz Ebit bersama keluarga telah meraikan ulang tahun kelahiran anak sulungnya semalam di kediaman mereka.

Malah, Ustaz Ebit menghadiahkan sebuah iPhone 11 buat anak kesayangannya.

View this post on Instagram

Selamat hari lahir Airis Safiyyah Lew 27 Jun.. Tak sedar masa berlalu. Bahagianya dah 11 tahun anak sulung ayah. Dari hari pertama umi lahirkan safiyyah. Ayah bergegas ke hospital dari pejabat. Bawa terus baju-baju. Baca Al-Quran sama umi. Ingat jeritan umi dari jarak makin sakit. Pegang tangan bidadari saya masa lahirkanmu anakku. Bidadariku sakit. Pengsan. Tak sedar kerana risau anak lambat menangis. Bahagia saat melihatmu. Macam mimpi. Syukur pada Allah. Rapat betul kita masa kecil anakku. Betapa sayang ayah pada safiyyah. I love u anakku . Teman ayah berdakwah dan ke pejabat. Waktu tu semua kira sebab tiada duit. Susu dan pampers selalu tiada duit. Ikhtiar mana yang mampu. Terima kaseh bidadariku yang melahirkan anak kita. Ya Allah peliharalah dan jagalah bidadari dan anak-anakku semuanya..-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Ads

Untuk rekod, Ustaz Ebit bersama isterinya dikurniakan empat orang cahaya mata.

View this post on Instagram

Raya ni sayu sikit sebab tak dapat beraya di kampung. Rindu ayah dekat kampung. Selamat hari raya sahabatku semua. Semoga Allah terima kita semua yer… Ya Allah saudaraku yang bersedih bahagiakan. Saudaraku yang tiada makan minum mudahkan rezeki mereka. Saudaraku yang ada hajat baik dunia akhirat kabulkan. Yang sakit sembuhkan. Yang diuji Allah beri jalan keluar dan rezeki tak sangka-sangka. Belum bertemu jodoh temukan. Inginkan anak rezekikan anak. Angkatlah covid 19 dari dunia ini. Satukan hati kami semua dengan kasih sayang. Sayangilah orang tua kami. Sayangilah bidadari peneman hidup kami. Sayangilah keluarga kami semua Selamat hari raya maaf semua. Pohon maaf atas segala kesalahan. Terima kaseh mendoakan selama ini-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

View this post on Instagram

Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun. Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya. Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia. Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat. Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad. Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Video/Foto : Instagram Ebit Lew

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI