Pempengaruh yang juga pengasas produk kecantikan kulit tempatan, Dr Cute International, Dr Abdullah Alias optimis untuk melabur RM30 juta bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang kejuruteraan sel stem tisu.
Ia sebagai objektif dalam usaha memartabat industri kosmetik seterusnya menjadi pelopor dalam industri kecantikan dan teknologi perubatan di Malaysia.
Dr Abdullah Alias atau lebih dikenali sebagai Dr Cute berkata, pelaburan berkensan adalah dalam tempoh tiga tahun dan melibatkan kerjasama dengan Cell Tissue Technology iaitu firma kejuruteraan tisu pertama yang ditubuhkan pada tahun di Malaysia oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Harapan saya mahu meningkatkan industri kecantikan Malaysia setaraf dengan dengan maju dan tidak mahu lagi produk tempatan dipandang rendah. Malah, dengan kerjasama ini saya mahu mengembangkan, meningkatkan dan memperkasakan kejuruteraan dan perubatan regeneratif.
“Saya mahu hentikan skeptikal pengguna terhadap produk tempatan yang dianggap ‘low class’, yang mungkin selama ini banyak dibayangi produk yang mengandungi merkuri dan tidak selamat digunakan,” katanya.
Ads
Atas dasar itu, Dr Cute sentiasa berinovasi untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang premium dan mampu dimiliki oleh setiap orang.
“Sebab itu saya banyak menggunakan platform media sosial untuk memberi kesedaran akan bahaya merkuri kepada tubuh badan dan Alhamdulillah sudah ramai yang sedar dan beralih kepada produk kecantikan yang lebih selamat,” katanya lagi.
Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) tersebut turut dilakukan, baru-baru ini.
Ads
Terus komited meningkatkan kualiti produk, jelas Dr Abdullah, barisan produk Dr Cute International menjalani prosedur klinikal yang ketat.
“Pengalaman 15 tahun sebagai doktor sebelum ini, menjadi tanggungjawab saya dan rakan bisnes, Khairul Idzwan untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat agar tidak mengagungkan produk antarabangsa kerana jenama produk tempatan kini mampu setanding dengan mereka,” katanya.
Ads
Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Cell Tissue Technology, Dr Khairul Idzwan Baharin, kerjasama antara dua pihak itu dijangka akan membuka ruang kepada lebih banyak penemuan baharu yang akan membawa industri kecantikan ke tahap yang lebih tinggi.
“Kami berharap menerusi kolaborasi penyelidikan strategik ini dapat mengkaji dan menghasilkan penemuaan terbaru mengenai kesihatan kulit sekaligus membantu pengguna menjaga dan mengekalkan kesihatan kulit dengan lebih berkesan.
“Sasaran kami agar pembangunan kejuruteraan sel stem tisu ini memberi manfaatnya dapat disebarkan ke pasaran lebih besar,” katanya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh semalam di media sosial apabila video seorang youtuber, Harvinth Skin cuba melakukan sesuatu di luar kebiasaan apabila dia memecut keluar setelah mencuba kasut baru di sebuah kedai berjenama.
Kisahnya, sebelum ini, viral satu video berkisarkan perkara sama di luar negara membuatkan youtuber itu ingin mencubanya.
“I had to give it a try? Yo! @jdsportsmy give this man a raise! I’m sorry I gave you a heart attack my bro @martin_lcf. Do not try this!,” tulisnya di kapsyen.
Setakat ini, video tersebut sudah mencecah lebih 200 ribu tontonan di IG.
Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang terhibur dengan telatah Harvinth itu.
Turut terhibur dengan video tersebut adalah ketua pegawai eksekutif kedai tersebut apabila dia juga turut meninggalkan komennya di IG Harvinth.
“Stop scaring the staff and I think I need to have a word with my security guard,” tulisnya.
“I’m sorry bro! Please don’t ban me,” balasnya pula.
Pada MH, niat bergurau itu tidak salah asalkan ada batasannya. Takut nanti ada pula terikut-ikut ke perkara yang salah pula. Apa-apapun, MH terhibur juga dengan video itu.
Foto/Instagram: Harvinth Skin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Superstar dunia, Beyonce dikhabar akan membuat persembahan di sebuah majlis perkahwinan antara termewah di India dalam suatu jemputan yang eksklusif.
Menurut BBC, anak perempuan kepada Mukesh Ambani iaitu Isha Ambani bakal melangsungkan perkahwian dengan lelaki pilihan Anand Piramal beberapa hari lagi.
Mukesh Ambani merupakan antara individu terkaya di India.
Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang memaklumkan ingin menwarkan ganjaran berupa wang ringgit sebanyak RM500 bagi yang berjaya memulakan ‘Self Lockdown’ bermula hari ini sehingga 8 Jun hadapan.
Jelas Michael, sumbangan wang ringgit ini bakal diberikan khusus sebagai galakan kepada orang ramai untuk kekal duduk di rumah bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Dalam pada itu, penerbit drama bersiri Sweet Dreams itu bersyukur sekiranya orang ramai dapat menyahut cabaran untuk melakukan ‘Self Lockdown’ selama 18 hari tu sebagaimana yang bakal dikuat kuasakan.
“Salam semua. Ini bukan aku nak buat content atau nak jadi famous atau I nak jual product.
“Cuma harap apa i mampu buat untuk encourage orf Malaysia self lockdown. Kalau posting ni dapat buat 100 org lakukan self lockdown pun I dah bersyukur!
“We can do this Malaysian! Luv u all n be safe! SORRY MAYBE TAK CLEAR SELF LOCKDOWN BUKAN BERMAKNA KALAU KENA KERJA TAK BOLEH SELF LOCKDOWN YA!
“PERGI KERJA THEN BALIK KERJA LUNCH TIME TA PAU FROM HOME MAKAN AJE KAT OFFICE YA!,” tulisnya.
Tidak dinafikan, peranan golongan selebriti tidak hanya terbatas sebagai penghibur semata-mata, sebaliknya ia juga mampu menjadi pencetus semangat serta motivasi kepada masyarakat, termasuk warga...