Penyanyi rock terkenal, Ella, tidak rasa rendah diri selepas memilih untuk menggunakan alat bantuan pendengaran susulan mahu mengimbangi pendengaran untuk kedua-dua belah telinganya.
Menurut penyanyi yang kini berusia 57 tahun itu, dia tidak mengetahui fungsi pendengarannya kian menurun sehinggalah melakukan pemeriksaan berkaitan dengan Global Hearing Care Centre Malaysia (GHCC), tahun lalu.
“Sebelum ini saya tak tahu pendengaran saya terjejas. Selepas melakukan pemeriksaan, keputusan mendapati pendengaran telinga kiri berkurang. Misal kata dalam peratusan 100%, ia berubah kepada 70% di bahagian kiri dan 80% di bahagian kananan.
“Situasi tersebut masih di peringkat ‘modetare’ dan saya memilih untuk menggunakan alat bantuan bagi mengimbagi fungsi pendengaran. Tak rasa rendah diri, sebaliknya bersyukur kerana sedar untuk melakukan pemeriksaan.
“Selepas itu, saya mendapat bantuan GHCC dan sekarang menggunakan alat bantuan pendengaran Bernafon Alpha,” katanya.
Ella berkata demikian ketika ditemui pada Program Komuniti Global Hearing Care Centre di Pavillion Bukit Jalil, pada Sabtu.
Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin turut menambah, dia merasakan perbezaan positif selepas menggunakan alat bantuan berkenaan.
Ads
“Perbezaan selepas menggunakan alat ini ia mampu seimbangkan pendengaran saya. Walaupun saya menggunakan alat bantuan pendengaran namun, saya tidak pernah rasa ia sebagai kekurangan.
“Malah bersyukur kerana masalah itu dapat diatasi dengan alat berteknologi tinggi. Saya percaya, ramai lagi yang mengalami masalah serupa, termasuk rakan industri yang kerap terdedah dengan ‘volume’ muzik.
“Jadi jangan malu untuk mendapatkan rawatan berbanding membiarkan ia terus melarat atau tidak tahu status kesihatan pendengaran. Jaga kesihatan telinga dan pendengaran dengan melakukan pemeriksaan berkala,” katanya lagi.
Terdahulu, GHCC dengan kerjasama Ella dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan sebuah program komuniti yang memfokuskan tentang kesihatan pendengaran serta kelancaran pertuturan disetiap peringkat usia.
Program yang dinamakan “Ke arah pendengaran dan pertuturan yang lebih baik” ini turut sama menyaksikan perasmian kolaborasi antara Global Hearing Care Centre Malaysia dan ratu rock negara, Ella iaitu edisi ekslusif alat bantu dengar jenama Bernafon Alpha “RockQueen x GHCC”.
Ads
Menurut Pengarah Pemasaran & Operasi Global Hearing Care Centre, Lyn Ooi, sangat penting pendedahan tentang penjagaan pendengaran seawal usia muda.
“Seeloknya bermula dari usia kanak-kanak lagi dalam kalangan ibu bapa. Kesihatan pendengaran harus diutamakan.
“Dengan adanya program ini, kami berharap agar mereka di luar sana tidak cuma menganggap masalah pendengaran cuma akan terjadi seiring dengan peningkatan usia,” katanya.
Tujuan utama program ini diadakan untuk menanam kesedaran di kalangan masyarakat di setiap lapisan usia, agar menitikberatkan tentang penjagaan kesihatan pendengaran.
Selain itu, acara ini juga diharap dapat memupuk sikap ambil tahu tahap pendengaran mereka dengan lebih awal melalui sesi saringan pendengaran yang dikendalikan oleh barisan audiologis di Global Hearing Care Centre Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah terkenal,Ustaz Ebit Lew ada berkongsi detik terindah apabila dia dan isteri meraikan ulang tahun harijadi anaknya yang ke-10 tahun.
Malah, Ebit bersyukur kerana anak perempuannya,Airis Safiyyah kini membesar dengan baik dan sihat.
“Terima kasih Allah atas kurniaanmu anakku Airis safiyyah lew ini dah 10 tahun. Sekejap jer masa berlalu..
“Selamat hari lahir anak tercinta buah hati ayah 27/6. Dekat tarikh lahir bidadariku yang tercinta 17/6. Rindu sayang luv u,” tulis Ebit.
Dalam pada itu, Ebit telah mengimbau kembali detik kelahiran anaknya itu.
“Masih teringat-ingat isteri sedang berjalan dan tiba-tiba rasa nak bersalin. Terus ke hospital.
“Malam tu tak berhenti.berzikir dan berdoa supaya Allah mudahkan.. Saat mula keluar senyap jer baby. Doktor risau dan kami pun risau…
“Isteri mengalirkan air mata. Tak berhenti mengalir air mata. Ya Allah panjanglah usia dan jadikan ia asbab hidayah..
“Syukur lahir dari perut isteri yang sanggup susah bersama suaminya. Yang tiada gaji besar. Tiada rumah dan tiada kereta. Duit hantaran dikumpulkan bersama walaupun belum benar-benar mengenali isi hati satu sama lain. Keperluan rumah berjimat cermat,” kongsi Ebit.
Malah, Ebit memuji sifat kekuatan yang ada pada setiap individu yang bergelar isteri.
“Doa dan dan sokongan ibubapa dan ibubapa mertua. Isteri yang tidak pernah merungut walaupun sekali dalam hidupnya.
“Sedangkan selalu hidupku diuji dengan kesusahan dan kesibukan dalam kerja agama..pernah kadang-kadang tiba-tiba saya ada tugas agama yang perlu dilaksanakan.
“Bila pulang ke rumah, isteri telah menyiapkan semua barang untuk berada di jalan Allah.
“Benarlah isteri yang paling dicintai suami ialah isteri yang paling memahami suami dan bersama-sama menyokong dalam kerja agama..
“Saat kesibukan melanda. Saya berikan duit padanya. Sedar-sedar dia belikan hadiah buat mak ayah saya dengan duit yang diberikan,” tulisnya lagi.
Tambah Ebit lagi, dia mengangkat martabat si isteri sebagai satu jalan Allah kerana berjaya melahirkan dan mendidik anugerah dari Allah (zuriat).
“Kadang-kadang benarlah hargailah wanita yang bersama ketika kita susah. Selamanya tiada sepertinya dengan kehendak Allah.
“Kadang-kadang pulang lewat ke rumah. Gembiranya hati lihat isteri sedang hidupkan Ta’lim bersama anak-anak.
“Wahai anakku contohi dan belajar dari umi yang berkorban untukmu dan ayahmu dan hanya kerana mencintai Allah. Jadilah seperti sahabiah.
“Ya Allah terima kasih memberiku ibubapa yang baik. Ya Allah terima kasih memberiku isteri yang baik. Ya Allah terima kasih atas kurniaanmu,” akhiri Ebit.
Lalu, netizen tersentuh akan perkongsian Ebit dan meninggalkan komen yang pelbagai.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 300,000 kali.
Video : IG Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan posting video Zarina Anjoulie yang mengaitkan nama Ifa Raziah berkaitan dengan konflik yang berlaku antara Zarina dan bekas teman lelakinya di Instagram baru-baru ini, Ifa Raziah tampil memberikan reaksi.
Ditanya sama ada dia tahu atau tidak berkenaan dengan isu tersebut kembali diperkatakan, Ifa memberitahu dia tidak begitu mengenali Zarina.
“Sebab saya tak kenal dia, saya tidak tahu dia siapa, artis ke tidak. Jadi penting ke untuk saya tahu apa yang dia cakap? Bagi saya benda tu tidak menjadi hasil buat saya, rasaya tak perlu ambil tahu kot.
“Kalau kita melayan orang yang bersikap begitu, kita pun akan sama level dengan dia. So level i lebih high class daripada dia. Jadi tak perlu nak layan orang-orang yang berfikiran negatif.
“Jadi kita postifikan diri kita, kena terus maju. Bukan memporak-perandakan hidup oran lain,” katanya kepada MH.
Ifa ditemui sejurus hadir menyokong rakan industri yang bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-33 malam tadi.
Terkini, Ifa bersama suami dan anaknya telah pun berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah buat pertama kali hari ini.
Sama ada apa yang berlaku menjejaskan fokusnya dalam menunaikan umrah, Ifa memberitahu perkara itu tidak berlaku.
“Alhamdulillah tak ada. Tidak menjejaskan saya. Lagi nampak ‘lambaian kaabah’ tu memanggil-manggil untuk saya ke sana,” jelasnya ringkas.
Foto: Instagram Ifa Raziah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Memey Suhaiza ada berkongsi mengenai permintaan anak lelakinya yang mahukan adik perempuan lagi.
Ini kerana, anaknya itu rasa kasihan apabila adik bongsunya tidak ada kawan perempuan untuk bermain bersama.
Perkara tersebut dikongsikan isteri kepada pelakon, Norman Hakim itu menerusi Instagram, baru-baru ini.
“Anak bujang mummy @awishzarisz. Dia org request. Boleh tak mummy bagi 1 lagi girl sbb nanti ada yang boleh layan main pondok2 dgn @mikayladelishahakim,” tulisnya ringkas sambil memberikan kredit.
Ternyata, apa yang diceritakan Memey mendapat perhatian wargamaya dan ada yang turut meninggalkan reaksi masing-masing.
Terdahulu, Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim pada 24 September 2011.
Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2.
Foto: Instagram Memey Suhaiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu berbakat dari Indonesia, Nadin Amizah, bakal mengadakan 'Persembahan Malam Mendengar Nadin Amizah dari Jakarta ke Kuala Lumpur' susulan permintaan tinggi...