Hari ini genapalah usia perkahwinan penyanyi Shila Amzah dan suaminya, Haris Idraki Elias yang ke satu tahun.
Shila juga ada berkongsi video di Instagramnya yang memaparkan dia dan suaminya sedang karaoke lagu I Will Survide nyanyian Gloria Gaynor.
“Happy 1st year anniversary sayang @hariselias .. And more to come!
Alhamdulillah Dah setahun baby, tak terasa pun.. Sekejab je.. Banyak benda kita belajar tentang each other.. Ups and downs yang kita hadapi… I want to be a better wife for you baby, in sha Allah.. In sha Allah baby peanut akan jadi hadiah pengikat kasih sayang kita ?
“Special thanks utk semua yang terlibat time kitorg tunang 2 years ago.. And kahwin a year ago,” tulis Shiha.
Menerusi ruangan komen, netizen turut menitip ucapan buat pasangan romantis ini.
Popular dengan lagu Patah Seribu, Shila kini sarat hamil cahaya mata dan sering berkongsi gambar ‘baby bump’ di Instgaramnya.
Terdahulu, Shila telah menerima mas kahwin bernilai RM888 di kediamannya, Cheras.
Video : IG Shila Amzah