Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel terkilan dengan sikap segelintir pihak yang membuang dan membiarkan sampah sarap bergelimpangan sewaktu menghadiri konsert band popular antarabangsa, Coldplay pada Selasa.
Menurut Naim, situasi tersebut langsung tidak menggambarkan band Coldplay yang aktif memupuk kesedaran tentang alam sekitar.
“Mahu merajuk Chris tengok keadaan luar stadium kalau macam ni.
“Coldplay ini kalau tak silap adalah band mementingkan penjagaan alam sekitar dan sering membuat konsert jelajah di seluruh dunia.
“Buat malu sahaja,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Sumpah itu menerusi satu hantaran di aplikasi X.
Malah, Naim turut menyifatkan tindakan tersebut hanya akan memberikan imej negatif buat negara di mata dunia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama mengecam tindakan tersebut selain turut berharap agar mentaliti sedemikian dapat diubah.
“Kemudahan nak kelas pertama tapi mentality masih kelas ketiga. Perangai segelintir rakyat Malaysia.
“Orang kita banyak yang tiada kesedaran sivik.
“Kebersihan sebahagian daripada iman. Ia bermula daripada kita sendiri. Sampah sendiri, simpan sendiri dan buang dekat tempat yang betul la.
“Coldplay punya konsert ni dia nak amalkan sustainability tapi kalau yang datang konsert ni pun buang sampah merata-rata begini. Tak jadi lah konsepnya,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Coldplay sebelum ini pernah menyumbang AS$777,000 (RM3.2 juta) bagi jentera memerangkap sampah sungai ‘Interceptor 005’ untuk membersihkan Sungai Klang pada 2021
Malah, Malaysia merupakan negara pertama yang menggunakan jentera berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & X Naim Daniel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI