Pelakon yang juga pengusaha fesyen, Nurin Afiqah yang kini tampil dengan koleksi baharu di bawah jenama Nada Identity iaitu Summer To Remember menjelaskan ia merupakan cetusan idea yang diterjemahkan kepada pengalamannnya ketika berada di negara orang.
Nurin Afiqah atau nama sebenarnya, Nurin Afiqah Zulkifli, 27, berkata dia mahukan sesuatu yang istimewa, mengenangkan kecintaan yang tinggi terhadap dunia fesyen dan kecantikan.
Malah graduan lulusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini juga mahu memastikan pelanggan mencapai kepuasan terbaik terhadap koleksi baharunya itu.
“Apa yang boleh saya simpulkan, Summer To Remember ialah rangkuman daripada pengalaman saya sewaktu melancong ke Eropah sebelum ini. Kebetulan musim panas jatuh pada bulan hari jadi saya iaitu bulan Julai.
“Jadi mengapa tidak untuk saya jadikan momen tersebut sebagai kenangan yang lebih bermakna. Sebab kalau kita tengok, musim panas di Eropah sangat cantik dengan warna warni bunga-bungaan.
Ads
“Secara langsung, ia memberi inspirasi untuk saya terjemahkan ia terhadap koleksi ini dengan lebih ramai pelanggan di luar sana. Besar harapan saya agar koleksi ini dapat diterima ramai,” katanya.
Nurin Afiqah yang turut dikenali sebagai personaliti media sosial ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Summer To Remember di Majestic Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Koleksi yang hadir dengan tiga jenis material dalam satu koleksi ini juga sekaligus mencerminkan imej baharu Nada Identity yang lebih matang meski masih mengekalkan konsep floral.
“Koleksi ini saya anggap sebagai permulaan dan wajah baharu untuk Nada yang lebih matang, sesuai untuk wanita bekerjaya.
Ads
“Buat pertama kalinya juga, kami keluarkan tujuh penampilan berbeza dalam masa satu bulan. Terdapat tiga jenis material iaitu denim, pleated floral dan cotton.
“Yang penting, kesemuanya berkonsepkan floral bagi memberikan nuansa musim panas,” katanya lagi.
Mengulas mengenai perancangan masa depan Nada Identity, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah ini optimis untuk mengembangkan bisnes yang diusahakan.
“Buat masa ini kami hanya ada showroom, namun matlamat saya ialah untuk membuka butik sendiri. Insya-Allah pada tahun hadapan,” katanya yang turut memaklumkan, ‘pop-up store’ Nada akan dibuka di KLCC, Ogos ini.
Pada majlis sama, Nurin Afiqah turut diraikan bersempena dengan hari jadi sambil disaksikan tetamu yang hadir seperti Sophia AlBarakbah, Aprena Manrose, Che Puan Syamim, Shaza Bae dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Aqasha tampil memberikan pandangannya berhubung isu viral melibatkan seorang kanak-kanak yang didakwa menjadi kecaman netizen kerana memakai kasut jenama tiruan.
Menurut Aqasha, kanak-kanak tersebut langsung tidak melakukan kesilapan dan dia hanya menggargai kasut hasil pemberian ikhlas daripada ibunya.
“Apa punya ‘pekak’ la orang Malaysia kalau kasut tiruan pun nak dijadikan isu?
“Payudara tiruan, punggung tiruan, rahang tiruan, bibir, rambut, hidung, bulu mata, gigi… atas bawah berderet palsu,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan pelakon filem Embun itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Malah jelasnya lagi, ada juga individu yang berangai ‘palsu’.
“Ada yang personaliti pun palsu dan tiruan, berdepah ada. Baik aje ramai yang sodok…
“Okay je. Kasut budak tiruan pula jadi bahan. Senteng betul,” luahnya lagi.
Terdahulu, kisah melibatkan kanak-kanak tersebut telah pun mendapat perhatian ramai pihak.
Pada pagi Insin, kanak-kanak tersebut telah menjadi tetamu undangan di program radio 3 Pagi Era yang dikendalikan oleh Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin.
Malah, ketiga-tiga penyampai tersebut membuat kejutan dengan membawa kanak-kanak yang dikenali sebagai Adik Arman itu ke pusat membeli belah dan menghadiahkannya kasut baharu.
Tindakan tersebut meraih pujian ramai dan turut menuai komen-komen positif.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aqasha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea kini dikejutkan dengan dakwaan yang mengaitkan pelakon terkenal, Kim Soo Hyun, dengan mendiang pelakon, Kim Sae-ron.Tuduhan ini pertama kali dibangkitkan oleh...