Berkongsi insiden yang baru sahaja menimpa, Maya Karin menunjukkan keadaan tangan kanannya yang melecur teruk.
Tulis Maya, ini merupakan kecederaan paling teruk pernah dialami.
“Hmmm…
“My worst burn so far. Looks a bit gross sorry. I thought it would better by now buuu. Tak nak tumpah air mendidih kat kaki punya pasal I sanggup bawa sampai ke sinki baru lepas walaupun dah pedih.
“Kalau jahit, well I have 4 sets of stitches. Both knees and two on my scalp. Jatuh sini, jatuh sana. All part of wear’n tear in life. #semogacepatsembuh #cannotwashhair #basuhrambutsalonforonemonth,”
kongsinya.Penyanyi Erti Cinta ini turut memaklumkan di ruangan komen kecederaan yang berlaku akibat ‘main masak-masak’.
Netizen turut mendoakan agar wanita jelita ini segera sembuh.
Foto : Instagram Maya Karin