Jodoh, ajal, rezeki dan maut itu semua urusan Tuhan. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang.
Begitu juga dengan soal jodoh yang dialami pelakon dan penyanyi Zarina yang sudah mencecah usia 34 tahun.
Tidak tahan dengan soalan-soalan ‘panas’ sedemikian, penyanyi yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia 2 itu telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen berbaur ‘amaran’ apabila bengang dengan sesetengah ‘mulut tempayan’ yang campur tangan dalam soal jodohnya.
“Aku kahwin ke aku lambat kahwin ke yg boleh bersuara mak aku je, yg lain g jaga hal kau sendiri paham..love u!,” tulisnya.
Susulan itu, netizen mulai memberi komen yang pelbagai mengenai kaspyennya itu.
Aduhai, bila tiba masanya akan ada seorang lelaki yang bisa menjadi pasangan Zarina.
Apa-apa pun, kita doa yang terbaik buat Zarina ya!
Foto : IG Zarina Zainoordin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI