Keadaan semakin reda apabila Octavia Manrose sudahpun membuat permohonan maaf atas kontroversi rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.
Terbaru, ibu kepada penyanyi ini memuatnaik status di laman Facebook meminta agar muhasabah diri dan jangan membuka aib.
“Jikalau kamu menemukan aib yang ada dalam diri seseorang maka galilah aib yang ada pada dirimu sendiri, karena belum tentu dirimu memiliki aib lebih sedikit dari orang tersebut.”
Kata Hafiza lagi, fikir dan muhasabah diri kerana matlamat tidak akan menghalalkan cara.
“Fikir fikir kan lah dan bermuahasabah diri kerana niat tidak akan dapat menghalal kan cara .. terlajak oerahu boleh di tarik balik tapi terlajak kata sgt buruk padah nya … bisikan syaitan sgt halus dihati & minda manusia hanya iman yg dapat menyelamat kan kita.”
Menurut netizen yang meninggalkan komen, aib suami adalah aib isteri, jadi wajar ditutup daripada pengetahuan umum. Malah netizen turut mendoakan agar keluarga ini terus tabah menghadapi ujian.
Foto – Facebook S Hafiza Basharahil