Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim berkongsi foto dengan ibunya di laman Instagram, hari ini.
Kisahnya, dia juga sempat bertanyakan pada netizen sama ada rupa mereka mempunyai rupa paras yang sama.
“Morning! Orang cakap like mother like son kan, mana jambang mak? #aweks,” tulisnya di kapsyen.
View this post on InstagramMorning! Orang cakap like mother like son kan, mana jambang mak? ?? #aweks
A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on
Susuln itu, di ruangan komen dipenuhi dengan komen-komen gadis yang memanggil ibu Fikry dengan panggilan mak mertua.
Amboi, ada sahaja idea netizen ingin mengayat Fikry ya? Apa-apapun, pada MH lah ‘like mother like son’. Ada iras lah mereka berdua tu kan?
Foto/Instagram: Fikry Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ernie Zakri Rupanya Yang Buat First Move, Berani Confess Pada Syamel; “Aku Suka Kau Tau, Kau Tak Balas Tak Apa…”
Selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Ernie Zakri berkongsi cerita mengenai siapa di antara dia dan Syamel yang ‘confess’ terlebih dahulu dalam perhubungan mereka.
Dalam program Studio Sembang yang dikelolakan Amelia Henderson, Ernie mengakui dia terlebih dahulu membuka mulut dan meluahkan perasaan terhadap Syamel.
“Saya telefon dia, saya cakap, ‘Eh Syamel, aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku suka kau tau, tapi tak apa, kau tak balas tak apa, aku okay je’,” kata Ernie.
Apa yang menghiburkan netizen ialah jawapan balas Syamel yang turut diceritakan oleh Ernie dalam podcast tersebut.
“Pastu dia (Syamel) macam ‘Eh sabarlah, aku tak bagi jawapan lagi. Sebenarnya aku pun suka kau’,” cerita Ernie lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji keberanian Ernie yang terlebih dahulu meluahkan perasaan terhadap insan yang disayanginya.
“Saya confess kena reject. Tahu-tahu dia dah kahwin haha.
“Aku tak seberani Ernie.
“Boleh ke aku buat macam ni? Hahaha kau tiada keyakinan diri.
“Okay memberi aku semangat untuk membuat first move.
“Dia sangat berani, banyak kali aku tengok part tu,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan hasil perkahwinan, pasangan penyanyi ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Pakai Tudung, Jangan Keluar Rumah,” – Bertudung Penuh Pada Usia 14 Tahun, DS Shahida Kongsi Pengalaman Sama Anak, Ingat Pesan Bapa
Usahawan terkenal, Datin Seri Nur Shahida ada berkongsi pengalamannya sebelum mengenakan hijab.
Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen apabila dia mulai mendidik anak perempuannya, Qadeeja untuk turut sama taat mengenakan tudung.
“Alhamdulillah bila mama suruh @qadejah pakai tudung dia boleh ikut dan dengar cakap.
“Mama dulu waktu atuk suruh pakai tudung mama x dgr sampai atuk cakap kalau tak pakai tudung jgn keluar rumah….
“lepas tu mama pakai la bila keluar tapi lepas tu dah agak2 jauh sikit dari rumah mama pun buka..
“harap2 @qadejah x ikut la perangai buruk mama tu….biasalah zaman muda mudi….nak merasa semua,”tulis isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri.
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Menariknya,Shahida sempat berkongsi pengalamannya memakai tudung ketika berusia 14 tahun.
“Mama Pakai tudung sepenuhnya umur 14 tahun tapi waktu tu teringin juga nak free hair sampai umur 15-16 tahun tu nak merasa x pakai tudung….siap dah ikat rambut lawa2…sudahnya tiba2 rasa x nak keluar pula sebab x pakai tudung..
“Kesimpulannya Kalau kita dah biasa bertudung Insya Allah niat tu Allah pelihara…..
“Yg x bertudung tu bukan nya x baik….baik sangat2 byk yg saya jumpa sangat2 baik……
belum sampai lagi masanya….doakan yg baik2 utk orang yg baik2 juga datang pada kita,”tulis Shahida.
Menjengah di Instagram Qadejah atau Nur Shahida Qadejah El-Zehra pula, dia juga ada berkongsi gambar dengan imej terbarunya itu(berhijab) awal tahun ini.
View this post on InstagramA post shared by panggilan manja cess (@qadejah) on
Foto: IG DS Shahida, Qadejah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terfikir Yang Uzur Macam Mana Kalau Kerusi Roda Tak Cukup…,” – Terkenang Mak Ayah, Datuk Alha Alfa Hulur Sumbangan Wheelchair
Jurusolek dan usahawan terkenal, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa tampil menghulurkan sumbangan berupa kerusi roda menerusi jenama kosmetiknya, Alha Alfa Cosmetics.
Sumbang tersebut diberikan sebagai kemudahan individu yang uzur atau kelainan upaya seterusnya memerlukan bantuan kerusi rosa ketika hadir ke pusat vaksinasi.
Perkara tersebut dikongsikan Alha menerusi satu hantaran terkini di Instagram miliknya.
Dia pada masa sama turut mengharapkan agar sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak memberi kemudahan buat golongan sasaran.
“Alhamdulillah, ibu ayah sy selamat divaksin, kesian tgk depa kene jalan jauh. Terfikir kalau yg uzur macamna if kusi roda xcukup, kan?
“Semoga usaha kecil @alhaalfacosmetics_hq ini dapat memudahkan urusan vaksin ibu ayah anda yg uzur mahupun warga oku di pusat vaksin nanti..aminn,” tulisnya.
Alha turut memuat naik foto kedua ibu bapanya yang sudah pun menerima dos suntikan vaksin masing-masing.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan menyambut baik inesiatif yang dilakukan Alha sekali gus mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
Foto: Instagram Alha Alfa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI