Terlerai teka-teki, Hafreez Adam akhirnya mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Zara Zya sudah pun putus bulan lalu.
Bintang berusia 29 tahun itu bagaimanapun menjelaskan, mereka berpisah secara baik.
Memetik BH Online, keduanya sepakat mendedahkan perkara itu selepas timbuk spekulasi berkaitan hubungan mereka yang dikatakan retak, sejak beberapa hari lalu.
“Jumaat lalu, kami berbincang menerusi aplikasi WhatsApp dan sepakat untuk meleraikan persoalan mengenai hubungan kami, hari ini.
“Masing-masing tidak mahu berterusan mengundang apa sahaja rasa yang kurang enak, sejak kebelakangan ini. Kami putus pun dengan cara yang baik. Saya dan Zara tidak bergaduh.
“Cukup saya katakan, tiada lagi persefahaman dalam hubungan yang sekian lama terjalin ini. Tiada jodoh antara kami,” kata bintang drama Raisha 2 itu.
Selepas timbul pelbagai reaksi peminat selepas tidak lagi mengikuti Zara Zya di Instagram, Hafrezz pada masa sama mengakui pada ketika ini dia lebih selesa memberikan ruang untuk diri masing-masing, sekali gus mengelak daripada bertembung atau digandingkan dalam mana-mana drama.
“Buat seketika dan waktu terdekat ini, saya cuba mengelak untuk bertemunya. Saya juga tidak mahu detik sebegitu membuatkan kami berdepan sebarang tekanan daripada pihak luar.
“Saya percaya, masing-masing memerlukan ruang untuk melawan apa sahaja perasaan yang bertamu. Kita tak tahu, selepas berita ini didedahkan, kecaman dan tekanan mungkin bertandang tanpa diduga,” katanya lagi seperti yang dipetik.
Sementara itu, Hafrezz turut mendoakan yang terbaik buat bekas tunangnya itu.
“Siapa sahaja jodohnya selepas ini, saya akan mendoakan yang terbaik dari kejauhan. Saya turut mengharapkan pengertian peminat kami, untuk sama-sama mendoakan yang baik-baik.
“Kalau boleh, usahlah bertelagah atau membuat apa-apa pertikaian selepas kami tidak lagi bersama. Teruslah menyokong diri dan kerjaya seni kami,” katanya.
Terdahulu, ketika diminta mengulas mengenai status hubungan di antara mereka, Zara Zya menjelaskan ia bukan berpunca dari orang ketiga.
“Sama seperti pasangan lain, kami juga berdepan dugaan ketika menempuh alam pertunangan,” ujar Zara.
Untuk rekod, pasangan selebriti yang berkenalan ketika bergandingan dalam drama Monalisa pada 2017 itu mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu.
Mereka merancang mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan.
Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Zara Zya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI