Pelakon, Remy Ishak memaklumkan ibunya telah selamat menjalani pembedahan kali yang kedua pada Ahad.
Bagaimanapun, ibunya itu dikatakan masih belum menyedarkan diri dan disarankan untuk berehat buat sementara waktu.
“Hari ini saya di CICU. Tak dapat join ustaz dan pelajar-pelajar,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Pulang itu menerusi beberapa hantaran di ruangan Instagram stories.
Katanya lagi, dia juga berada di hospital bagi memantau keadaan semasa the ibunya itu.
Sementara itu, Remy turut memaklumkan sesi solat hajat yang disertai oleh pelajar-pelajar tahfiz masih lagi diteruskan di rumah ibunya yang kini memasuki hari ke-3.
“Hari ke-3 solat hajat dan bacaan Yassin dari rumah mak oleh anak-anak tahfiz. Terima kasih kepada ustaz dan para pelajar tingkatan empat,” kongsinya.
Sebelum ini, pembedahan jantung pertama ibunya itu difaham telah berlangsung selama hampir 12 jam dan terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
Katanya lagi, dia sekeluarga akan berikhtiar sebaik mungkin bagi memastikan keadaan ibunya kembali sembuh seperti sedia kala.
Terdahulu, sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kardiak (CICU) Hospital Serdang, ibu Remy yang dikatakan berada dalam keadaan kritikal terlebih dahulu telah menerima rawatan di Hospital Besar Melaka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Remy Ishak