Meluahkan kata-kata sayang buat ibunda tercinta, Syafiq Farhain menulis bait-bait puitis sempena sambutan Hari Ibu semalam.
“All love begins and ends there, Mother!
Happy Mother’s Day to all mothers, and my greatest wish for you my Mama, My Juwita ♥
Ain sayang Ma,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Namun Santesh dilihat seakan keliru dan bertanya di ruangan komen.
Apapun, ia mungkin timbul rasa keliru buat penyanyi Amalina itu memandangkan ibu tiri Syafiq, Julia Bachok dilihat lebih membayangi kerana pendedahan di media.
Persoalan yang agak sensitif, netizen menasihatkan agar Santesh berfikir dahulu sebelum mengeluarkan soalan.
Apa-apa pun, pertanyaan penyanyi Amalina ini dijawab dengan baik Syafiq.
Baru MH tahu, panggilan manja Syafiq adalah Ain. Selamat Hari Ibu buat semua.
Foto : Instagram Syafiq Farhain
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mahu Sesuatu Bermakna Sempena Hari Jadi, Ini Yang Dilakukan Pelakon & Usahawan Fesyen Nurin Afiqah
Pelakon yang juga pengusaha fesyen, Nurin Afiqah yang kini tampil dengan koleksi baharu di bawah jenama Nada Identity iaitu Summer To Remember menjelaskan ia merupakan cetusan idea yang diterjemahkan kepada pengalamannnya ketika berada di negara orang.
Nurin Afiqah atau nama sebenarnya, Nurin Afiqah Zulkifli, 27, berkata dia mahukan sesuatu yang istimewa, mengenangkan kecintaan yang tinggi terhadap dunia fesyen dan kecantikan.
Malah graduan lulusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini juga mahu memastikan pelanggan mencapai kepuasan terbaik terhadap koleksi baharunya itu.
“Apa yang boleh saya simpulkan, Summer To Remember ialah rangkuman daripada pengalaman saya sewaktu melancong ke Eropah sebelum ini. Kebetulan musim panas jatuh pada bulan hari jadi saya iaitu bulan Julai.
“Jadi mengapa tidak untuk saya jadikan momen tersebut sebagai kenangan yang lebih bermakna. Sebab kalau kita tengok, musim panas di Eropah sangat cantik dengan warna warni bunga-bungaan.
“Secara langsung, ia memberi inspirasi untuk saya terjemahkan ia terhadap koleksi ini dengan lebih ramai pelanggan di luar sana. Besar harapan saya agar koleksi ini dapat diterima ramai,” katanya.
Nurin Afiqah yang turut dikenali sebagai personaliti media sosial ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Summer To Remember di Majestic Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Koleksi yang hadir dengan tiga jenis material dalam satu koleksi ini juga sekaligus mencerminkan imej baharu Nada Identity yang lebih matang meski masih mengekalkan konsep floral.
“Koleksi ini saya anggap sebagai permulaan dan wajah baharu untuk Nada yang lebih matang, sesuai untuk wanita bekerjaya.
“Buat pertama kalinya juga, kami keluarkan tujuh penampilan berbeza dalam masa satu bulan. Terdapat tiga jenis material iaitu denim, pleated floral dan cotton.
“Yang penting, kesemuanya berkonsepkan floral bagi memberikan nuansa musim panas,” katanya lagi.
Mengulas mengenai perancangan masa depan Nada Identity, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah ini optimis untuk mengembangkan bisnes yang diusahakan.
“Buat masa ini kami hanya ada showroom, namun matlamat saya ialah untuk membuka butik sendiri. Insya-Allah pada tahun hadapan,” katanya yang turut memaklumkan, ‘pop-up store’ Nada akan dibuka di KLCC, Ogos ini.
Pada majlis sama, Nurin Afiqah turut diraikan bersempena dengan hari jadi sambil disaksikan tetamu yang hadir seperti Sophia AlBarakbah, Aprena Manrose, Che Puan Syamim, Shaza Bae dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kat Rumah Je Ni, Janganlah Main Tuduh…,” – Haqiem Rusli
Gara-gara didakwa mengasari dengan cara mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak, individu yang dipercayai seorang penyanyi dan komposer berusia 21 tahun telah ditahan pihak berkuasa selepas perkara tersebut dilaporkan pengurus stesen minyak berkenaan.
Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di sebuah stesen minyak di Ampang, Selangor pada Rabu kira-kira jam 4.00 petang.
Seorang saksi kejadian mendakwa, insiden berlaku ketika artis terbabit muncul di premis itu untuk mengisi petrol kenderaannya.
Atas perkara tersebut, netizen membuat pelbagai spekulasi dan ‘memetik’ beberapa nama memandangkan ia melibatkan seorang penyanyi ‘baru nak up’ yang masih muda remaja, termasuk Haqiem Rusli.
Bagaimanapun menerusi Twitter, bintang yang sinonim menerusi lagu Tergantung Sepi itu ada memuat naik satu status terkini awal petang tadi, seolah-olah memberi penjelasan andai apa pihak yang mengaitkan kes tersebut dengan dirinya.
“Kat rumah je ni, janganlah main tuduh-tuduh,” tulisnya ringkas lalu disusuli dengan pelbagai komen pengguna Twitter lainnya.
https://twitter.com/HaqiemRusli/status/1166946294444650496
Sementara itu, lelaki terbabit telah pun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk siasatan lanjut. Difahamkan artis terbabit sudah dibawa ke mahkamah untuk perintah tahanan reman bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.
Foto: Instagram Haqiem Rusli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Asal Murah Onz,” – Thermometer Tak Berkualiti & Bacaan Suhu Tak Tepat, Haiza Hanafi Tegur Pemilik Restoran
Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pemilik restoran yang mengambil mudah mengenai prosedur operasi standard bagi menangani penularan wabak COVID-19.
Berkongsi mengenai sebuah laporan yang diterbitkan oleh akhbar Berita Harian, Haiza berasa amat pelik kerana banyak restoran ketika ini mengambil bacaan suhu badan pelanggan dengan cara yang kurang tepat.
View this post on InstagramA post shared by حيزا (@haizahanafi) on
“Siapa nak jawab? Pergi restoran suhu 35.3 atau bawah 36 darjah selsius. Pelik!
“Ni pengalaman doktor sendiri yang ke restoran terkejut melihat suhu yang dicatatkan dibuku.
“Jika suhu tak tepat,bagaimana nak tahu pelanggan itu sihat atau tidak?” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Haiza menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, peyampai radio Kool.fm itu turut menasihati para pemilik restoran supaya menggunan alat pengukur suhu yang disahkan pihak berwajib.
“Pihak premis perniagaan kena ambil serius perkara ini.
“Dapatkan termometer / alat pengukur suhu yang sah dan bukan Asal Murah Onz.
“Tak boleh berkompromi dengan COVID-19!,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju malah turut berkongsi pengalaman mereka sebelum ini.
Ketika ini, orang ramai mula kembali gusar mengenai kadar kes wabak COVID-19.
Orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar penularan wabak ini dapat diputuskan.
Sumber: Instagram Haiza Hanafi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI