Ibu kepada arwah Abam, Sabariah Arshad memaklumkan dia bersikap terbuka sekiranya usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mahu bertemu dengan dirinya berhubung isu yang diperkatakan ramai melibatkan keluarga dan balu arwah anaknya, sebelum ini.
Bagaimanapun, Sabariah meletakan satu syarat kepada usahawan terbabit sekiranya mahu bertemu untuk menyelesaikan isu terbabit.
“Mak cik okey sahaja kalau dia nak datang jumpa mak cik tapi dengan satu syarat.
“Mak cik tak nak dia datang bawa kamera untuk rakam segalanya, mak cik tak nak.
Ads
“Kalau nak jumpa depan-depan, bertentang empat mata sahaja, mak cik okey.
“Kalau tak boleh macam tu tak payah jumpa pun tak apa. Mak cik tak ambil kisah pun apa orang bercerita, mak cik masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja,” katanya kepada media.
Ads
Terdahulu, Sabariah ditemui pada Majlis Tahlil anjuran Astro Warna di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Kisah konflik keluarga Ali mendapat perhatian meluas selepas usahawan terkenal, Aliff Syukri ada melakukan sesi temu bual bersama balu Abam, Nor Hidayah secara live di Facebook.
Ads
Menerusi temu bual berkenaan, usahawan dipercayai ada bertanya beberapa soalan menyentuh beberapa isu sensitif hingga menimbulkan reaksi pelbagai netizen, termasuk keluarga arwah.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia di kediamannya, di Gombak akibat demam panas dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
https://www.youtube.com/watch?v=pk6ilkpf1wQ
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pereka fesyen jenama Rizman Ruzaini, Ruzaini Jamil berkongsi berita gembira apabila isteri tercinta, Hidayati Yahya kini sedang hamil empat bulan.
Perkara tersebut dikongsikannya menerusi entri terkini di Instagram.
Sambil menzahirkan rasa syukur, Ruzaini turut mendedahkan penantian mereka yang diiringi doa dan kesabaran selama empat tahun dalam menantikan rezeki zuriat akhirnya dimakbulkan Yang Maha Esa.
“Tiada kata setinggi bahasa yang dapat kami coretkan untuk digambarkan perasaan syukur yang tidak terhingga dengan rezeki terbesar dari Allah S.W.T kepada kami.
“4tahun berdoa dan menunggu dengan penuh kesabaran, Alhmdulillah, doa kami, doa dari keluarga serta rakan2 dan semua mereka yang mendoakan telah Allah makbulkan 4bulan yang lalu.
“InsyaAllah akan kami pelihara rezeki dari Allah ini dengan penuh sulaman kasih sayang dan didikan agama selayaknya seperti yang dituntut.
“Kami dengan rasa rendah diri, ingin memohon agar semua rakan taulan dapat terus berdoa supaya bayi dalam kandungan ini cukup sifat, sihat walafiat dan diberi kecerdikan akal.
“Jika dia seorang lelaki, semoga menjadi Al-Fateh untuk agama dan negara, dan jika dia perempuan, semoga dia menjadi bidadari yang dirindui syurga.
“Untuk isteriku, moga selamat dan dipermudahkan segala urusan sepanjang kandungan zuriat kita bersama. in shaa Allah,” tulisnya.
Malah, ucapan tahniah serta dedikasi turut disampaikan rakan niaga yang juga sahabat baiknya, Rizman Nordin.
Rizman menerusi satu hantaran di platform sama turut menyifatkan perancangan dariNya begitu indah.
Penyanyi Ameer Sofazr berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya bakal anak sulung mereka, tidak lama lagi.
Menzahirkan rasa syukur, Ameer atau nama sebenarnya, Amir Mahiyiddin, 37, turut menyifatkan khabar tersebut sebagai satu perkhabaran bermakna apatah lagi keduanya menanti kehadiran permata hati kira-kira lima tahun.
“Alhamdulillah syukur. Rezki, nikmat & hikmah yg diberikan olehNYA sgt besar & bermakna.
“Penantian selama 5 tahun akhirnya dikurniakan rezki yg sgt bermakna. Tq pd smua family, sahabat @sofazrband & @ameer_rangers yg mendoakan untuk kami selama ni,” tulisnya.
Ameer turut mendoakan semuanya dipermudah, selain mengharapkan agar anak yang bakal nanti membesar sebagai anak yang baik.
“Smoga anak yg bakal lahir membesar dgn sht & jd anak yg soleh & solehah. Dan smoga isteriku @aurora_aulia93 dipermudahkan & dipelihara sepanjang 9 bulan 10 hari. In shaa Allah,” titipnya.
Terdahulu, Ameer mendirikan rumah tangga dengan Saidatul Nazriah Abdul Latif pada January 2015.
Foto: Instagram Ameer Sofazr
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!