Ibu kepada arwah Abam, Sabariah Arshad memaklumkan dia bersikap terbuka sekiranya usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mahu bertemu dengan dirinya berhubung isu yang diperkatakan ramai melibatkan keluarga dan balu arwah anaknya, sebelum ini.

Bagaimanapun, Sabariah meletakan satu syarat kepada usahawan terbabit sekiranya mahu bertemu untuk menyelesaikan isu terbabit.

“Mak cik okey sahaja kalau dia nak datang jumpa mak cik tapi dengan satu syarat.

“Mak cik tak nak dia datang bawa kamera untuk rakam segalanya, mak cik tak nak.

IKLAN

“Kalau nak jumpa depan-depan, bertentang empat mata sahaja, mak cik okey.

“Kalau tak boleh macam tu tak payah jumpa pun tak apa. Mak cik tak ambil kisah pun apa orang bercerita, mak cik masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja,” katanya kepada media.

IKLAN

Terdahulu, Sabariah ditemui pada Majlis Tahlil anjuran Astro Warna di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Kisah konflik keluarga Ali mendapat perhatian meluas selepas usahawan terkenal, Aliff Syukri ada melakukan sesi temu bual bersama balu Abam, Nor Hidayah secara live di Facebook.

IKLAN

Menerusi temu bual berkenaan, usahawan dipercayai ada bertanya beberapa soalan menyentuh beberapa isu sensitif hingga menimbulkan reaksi pelbagai netizen, termasuk keluarga arwah.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia di kediamannya, di Gombak akibat demam panas dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

https://www.youtube.com/watch?v=pk6ilkpf1wQ

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI