Pelakon Hafreez Adam telah meraikan ulang tahun kelahiran ke-29 tahun, malam tadi.
Hal tersebut dikongsikan bintang Hero Remaja 2011/12 itu di Instagramnya yang dikemas kini.
“This is how I wrapped up my birthday! With family. Thank you guys for all the wishes. Terima kasih untuk semua doa-doa kalian. May Allah bless all of you.
“P/s : yang penting, mak dengan bakal menantu macam tak boleh renggang dah,” tulis pemilik nama penuh Hafreez Adam Aizat Zahalan jujur.
Melihat dengan lebih jelas terhadap foto yang dimuat naik itu, kelihatan kelibat ‘teman istimewanya’, Zara Zya turut sama menghadiri majlis hari jadinya.
Tambah manis, apabila ibu Hafreez bagaikan akrab dengan bintang berkenaan.
Penyanyi, Bella Astillah ada memuat naik video terbaru di laman Instagram miliknya.
Video tersebut memaparkan Bella menyanyikan semula lagu yang pernah dinyanyikan kembali Datuk Seri Siti Nurhaliza bertajuk ‘Wanita’ dalam versi akustik. Lagu tersebut asalnya dari Indonesia.
Lalu, video tersebut kemudiannya menjadi tular apabila menerima hampir 900,000 tontonan setakat ini.
“Nahh ramai betul mau full video untuk ni lagu kan. Bella sudah upload di IGTV.
“P/s: sorry lah suara2 beteriak tu si Ayden sama Aidil Dan bibir saya tu bukan kena inject tapi kena ugam bha (ulcer),” tulisnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata netizen memuji nyanyian Bella yang dikatakan sangat baik dan merdu itu.
Sementara itu, terdapat juga segelintir netizen yang berpendapat lagu tersebut ingin ditujukan kepada suaminya, Aliff Aziz.
“Kau tak sedih ke tengok ni @aliffaziz91,” tulis individu tersebut.
Terdahulu, Bella baru sahaja merakamkan video cover lagu ‘Semakin’ nyanyian asal penyanyi Siti Sarah yang dinyanyikan secara duet bersama pelakon, Aprena Manrose.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Duta dan Ikon Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI iaitu Iman komited dalam membantu pelajar SPM di seluruh negara.
Iman Troye hadir memberi semangat dan motivasi kepada lebih 1,000 pelajar SPM menerusi program Seminar Roadtour Skor A+ SPM yang diadakan di Hotel Grand Renai, Kota Bharu, Kelantan.
Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, berkata, kehadirannya bukan sekadar duta dan ikon, tapi menyifatkan ia adalah tanggungjawab yang perlu dijalankan dengan sebaiknya.
“Pada program ini sebanyak 1,020 pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 terbabit dalam program Seminar Roadtour Skor A+ SPM Kelantan. Bagi saya, penyertaan itu cukup memberangsangkan selain melihat usaha mereka untuk lulus cemerlang pada SPM akan datang.
“Saya berharap kehadiran saya bersama pasukan PTTI dapat memberikan semangat yang jitu kepada mereka. Saya mahu apa saja usaha yang dilakukan bakal membuahkan hasil terbaik kepada mereka.
“Apa yang pasti, saya bersama PTTI komited untuk terus membantu pelajar yang bakal menduduki SPM ini agar mereka berada di landasan betul,” katanya.
Pada Seminar Roadtour Skor A+ SPM Kelantan, mata pelajaran yang diajar adalah Matematik, Bahasa Melayu, Sains, Kimia dan Matematik Tambahan.
Persediaan yang dibuat PTTI ini selaras dengan pengumuman dibuat Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai SPM yang diawalkan bermula 5 Disember depan (peperiksaan amali SPM).
Dalam masa sama, PTTI akan meneruskan siri jelajah sempena cuti sekolah di IDCC Shah Alam pada 2 September ini.
“PTTI dalam misi nak membantu 100,000 pelajar SPM seluruh Malaysia untuk tingkatkan prestasi akademik dari Gagal ke A menerusi kelas tuisyen dalam talian.
“PTTI turut mengadakan siri jelajah ke sekolahdi seluruh negara secara percuma dalam usaha membantu KPM dan negara bagi memastikan standard pencapaian murid tercapai,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Kaka Azraff tampil memberikan respon susulandakwaan sudah pun membawa haluan masing-masing bersama suami, Adam Azriff.
Tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan berkenaan, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, sebaliknya memohon dia diberikan ruang untuknya dan suami.
Malah jelasnya, fokusnya kini hanyalah terhadap anak-anak yang masih memerlukan perhatian dan kasih sayang.
“Terima kasih atas keperihatinan semua atas keadaan Kaka, Adam dan keluarga. Kami mohon doa semua moga beroleh tenang atas apa yang telah dilalui.
“Kami mohon ruang untuk bersama tiga cahaya mata kecil yang perlukan banyak perhatian,” kongsinya menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram, hari ini.
Kaka pada masa sama turut memohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan daripada beberapa pihak.
“Maaf sekiranya Kaka dan Adam tak dapat dihubungi untuk respon atas banyak pertanyaan anda. Salam sayang,” terangnya lagi.
Terdahulu, berita mengenai rumah tangga penyanyi Bukan Hal Aku ini yang didakwa sudah bercerai mula tersebar di media sosial, sejak Isnin.
Bagaimanapun setakat ini, Kaka memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara tersebut.
Difahamkan, mereka melakukan lafaz cerai berkenaan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selangor.
Imbas kembali, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam yang kini berusia 15 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!