Beberapa hari lalu, Hairul Azreen ada berkongsi sepotong video pendek menerusi Instagram yang merakamkan aksinya yang sedang ‘berbual’ dengan anak bongsu, Alisa Aisyah.

Layanan mesra si bapa terhadap anak kecil sambil bertanya sama ada sudah maju tidur nyata mengundang perhatian netizen apabila video tersebut sehingga kini sudah pun ditontom lebih 350,000 kali.

“Ini jelah masa, kita ada utk peluk& tidur dgn anak2. nanti dia dah besar, tak mau nya dia tdo dgn kita , tak percaya tanya diri sendiri.

Ads

“Hahahah jadi hargai saat2 dorg masa
baby n kecik ni walaupun tidur kita tak lena, kena bangun buat susu, atau pun tukar lampin, utk beberapa tahun ni je,” tulis Hairul menerusi ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat memuji bulu mata bayi comel perempuan berusia lebih dua bulan itu yang disifatkan lentik dan lebat, tak ubah seperti mengenakan maskara!

Ads

“Mak Dia Waktu Pregnant Rajin Pakai Maskara Ke?,” – Kongsi Video Tengah Layan Anak, Bulu Mata Bayi Hairul Azreen Jadi Bualan Netizen “Mak Dia Waktu Pregnant Rajin Pakai Maskara Ke?,” – Kongsi Video Tengah Layan Anak, Bulu Mata Bayi Hairul Azreen Jadi Bualan Netizen “Mak Dia Waktu Pregnant Rajin Pakai Maskara Ke?,” – Kongsi Video Tengah Layan Anak, Bulu Mata Bayi Hairul Azreen Jadi Bualan Netizen

Ads

Hairul berkahwin dengan Hanis pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan menimang cahaya mata sulung, Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016.

Manakala anak kedua pasangan ini telah dilahirkan pada 24 Mei lalu.

Foto: Instagram Hairul Azreen

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI