
Personaliti Televisyen, Azwan Ali yang turut sinonim dengan panggilan Diva AA ada memuat naik sekeping foto sebagai mengenang pemergian ibu tercinta, Hajah Che Tom Yahaya.
Allahyarhamah yang dikenali sebagai Mak Tom sudah pun pergi mengadap Illahi genap 4 tahun, hari ini.
Lalu, Azwan ada menitipkan doa buat arwah ibu tersayang.
“18 FEBRUARY 2017 SABTU ENGKAU DIJEMPUT PULANG! HARI INI GENAP 4 TAHUN MAK.
“TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA MOGA ROH ARWAH MAK TOM TENANG DI SANA.
“MAK, DOAKAN WAN YA AL-FATIHAH,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut menitipkan doa buat arwah ibu hos Lagu Cinta Kita musim kedua ini.
Untuk rekod, ibu Azwan yang turut dikenali di kalangan selebriti tempatan itu meninggal dunia pada usia 82 tahun dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Damansara, 18 Februari 2017.
Video: Twitter Azwan Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masih Perlukan Semangat Dan Doa Abah..”- Sedihnya! Aliff Syukri Jatuh Sakit, Rindukan Arwah Bapa

Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia tidak sihat dan telah dimasukkan ke hospital.
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu telah memuat satu video ketika dia sedang mendapatkan rawatan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur menerusi akaun Instagram miliknya.
Menyedihkan, usahawan yang berumur 31 tahun itu telah meluahkan rasa sedih dan rindu kepada arwah ayahnya.
“Biarlah sy sahaja tahu apa yg berlaku… sy nak bahgia dunia akhirat sy masih tak bersedia ya allah ampunkan aku… sy kena kuat sbb sy masih byk tanghungjawab saya lagi di dunia ini…”
“Ya allah terimalah taubatku ini aku berjanji aku akan berubah abahh kri tak kuat bahh.. abah.. .kri masihh perlukn semangat dan doa abah.. kri lemah sgt abah lemah yg amat..” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Lantas, perkongsian abang terlajak laris itu telah mendapat perhatian netizen kerana berasa simpati terhadap Aliff.
Malah, netizen juga turut mendoakan supaya Aliff cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
Terdahulu, bapa Aliff telah kembali ke rahmatullah akibat komplikasi jantung dan paru-paru pada 27 Februari lalu.
MH mendoakan semoga Aliff tabah dan segera sembuh seperti sedia kala.
Video : Instagram Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bagi Saya Jika Penyanyi Itu Bagus, Boleh Bawa Sampai Ke Juara Lagu, Rasanya Biarlah Mereka Yang Bertanding,” – Noraniza Idris

Lagu Intan Payung yang dipersembahkan oleh Amsyar Leee dan Bunga Isme berjaya lolos sebagai antara 12 buah lagu yang bakal bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) tidak lama lagi.
Pengumuman tersebut diumumkan sejurus Saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang berlangsung kelmarin dan malam tadi.
Bagaimanapun, penyanyi asal lagu berkenaan bersama Bunga, Noraniza Idris tidak dapat beraksi di pentas separuh akhir berikutan mengerjakan umrah lalu ia digantikan penyanyi baharu, Amsyar Leee.
Bertemu penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Pop Tradisional itu di prapelancaran Festival Perkampungan Budaya Melayu No 1 Malaysia – Malay World Cultural Paradise E-Festour AKZ 5.0 di Shah Alam, sebelum ini, Noraniza atau lebih mesra dengan sapaan Kak Ani ada mengulas mengenai perkara itu.
Baginya, sekiranya lagu tersebut berjaya mara ke AJL36, ia adalah rezeki.
Malah dia terbuka sekiranya sesiapa yang dipilih menggantikannya untuk meneruskan tanggungjawab mempersembahkan lagu tersebut di malam kemuncak AJL36.
“Agak tidak adil untuk saya masuk (menyanyi di AJL36) secara tiba-tiba. Bagi saya jika penyanyi itu bagus dan boleh bawa lagu itu sampai ke Juara Lagu, rasanya biarlah mereka sahaja yang bertanding. Saya tiada masalah,” katanya.
Noraniza sebelum ini mengesahkan dia tidak dapat menyertai SFMM36 kerana berangkat ke Tanah Suci pada 21 Disember lalu.
Terdahulu, majlis pelancaran program yang diusahakannya itu disempurnakan Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim.
Ia dianjurkan bersempena Siri Jelajah Empayar Akar Kita Zapin Nusantara 2022.
Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Dikir Puteri itu berhasrat menghimpunkan artis Irama Malaysia di bawah satu payung iaitu Pertubuhan Industri Penerbitan dan Artis Rakaman Malaysia.
Menurut Noraniza, pertubuhan itu bukan sahaja berperanan memartabatkan lagu Irama Malaysia yang semakin dipinggirkan, malah menjaga kebajikan penggiat genre muzik itu.
Lagu Intan Payung dicipta Luca Sickta, Bunga dan Amzar Razqa, manakala lirik nukilan Bunga dan Siqma.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macam Main Bola Tapi Bola Takde,” – Sepahtu Reunion Live Akan Berlangsung Tanpa Penonton, Ini Reaksi Jep

Setelah sekian lama berehat, Sepahtu Reunion Live akhirnya tampil dengan musim terbaru.
Masih mengekalkan barisan pelawak yang sama seperti Jep, Syuk, Rahim, Ilya serta barisan cameo jemputan, Sepahtu Reunion Live kini tampil dengan sedikit kelainan apabila mereka dikatakan bakal beraksi tanpa kehadiran penonton dek kerana pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula sejak Rabu.
Menurut Jep pula, apabila dia tahu mengenai perkara tersebut, ia secara tidak langsung memberikan pengalaman yang berbeza buat dirinya sepanjang bergelar pelawak.
“Bila dapat tahu #sepahtureunionlive Khamis ni kau kena buat lawak tanpa penonton…Bolehlah diumpamakan seperti main bola tapi takde bola,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan penyampai radio Sinar itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Malah, ketika menjawab komen salah seorang individu, Jep memberitahu, membuat lawak ketika tiada penonton semasa sesi rakaman adalah berbeza jika ingin dibanding dengan persembahan secara langsung.
“Record dengan live banyak beza,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat buat seluruh tenaga kerja Sepatu Reunion Live selain turut tidak sabar nanti persembahan minggu pertama kumpulan tersebut.
Sepahtu Reunion Live bakal bersiaran setiap Khamis bermula malam ini secara eksklusif di Astro Warna (127) dan Warna HD (107) jam 9.00 malam.
View this post on InstagramA post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on
Sumber: Instagram Jep Sepahtu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI