Categories: Uncategorized

‘Mak Iti dalam Didi And Friend Ibarat Impian Jadi Kenyataan’- Sinan Ismail

Share

Semalam, MH berkesempatan menghadiri Majlis Pratonton ‘Konsert Hora Horey Didi And Friends’ bertempat di TGV Sunway Velocity Mall.

Apa yang boleh MH katakan ialah lagu-lagu Didi And Friends ini banyak mengambil lagu kanak-kanak laman seperti suriram, bangau oh bangau dan banyak lagi dan diperbaharui sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Istimewanya konsert ini apabila ia turut menampilkan ikon negara yang cukup unggul lagi disegani dalam industri hiburan tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk lagu bertajuk ‘Oh Nana’ dan juga penyanyi, Tomok untuk lagu ‘Tayar Bas’.

Menurut pencipta asal dan Pengarah Digital Durian, Sinan Ismail, kolaborasi antara pihaknya dan Siti merupakan satu impian yang sudah menjadi kenyataan.

“Kalau tiga tahun lepas, pernah kata dengan ‘team’ nak buat satu projek dengan beliau (Siti). Alhamdulillah, dah jadi kenyataan.

“Begitu juga dengan Tomok, kalau dulu mustahil lah nak jumpa dua penyanyi ni tapi apatah lagi nak bekerja dengan mereka tapi kini ia berjaya direalisasikan,” katanya ketika sidang media.

Tambahnya lagi, dia mengharapkan agar usaha ini tidak berhenti di sini tetapi berterusan pada masa akan datang.

“Apa yang saya nak katakan disini, usaha ini tidak akan terhenti di sini mungkin kami akan cuba untuk kolaborasi dengan artis luar negara pula memandangkan lagu-lagu Didi And Friends turut ada lagu kanak-kanak luar negara seperti Vietnam dan Mandarin yang telah kami berikan nafas baru.

“Pada saya, lagu-lagu ‘nursery rhyme local’ ini ada unsur khazanahnya, seperti lagu suriram yang telah kami berikan nafas baru kepada ‘Oh Nana’, selain itu, kami juga berharap dapat kecilkan dunia dengan lagu kanak-kanak ini,” katanya lagi.

Konsert tersebut bakal ditayangkan di pawagam bermula 10 Mac ini di TGV seluruh Malaysia dan The Mall, Brunei sempena cuti persekolahan yang bakal tiba.

Published by
Khaleeda Rashikin