“Mak Kami Cina, Arwah Atok Sedara India, Moyang British,” – Semuanya Serumpun, Berkongsi Bumi Allah, Pesan Ozlynn

Share

Pelakon Ozlynn menyifatkan setiap individu mempunyai hak masing-masing sebagai rakyat Malaysia.

Kongsinya bersempena Hari Malaysia semalam, sebagai negara yang sudah mencapai kemerdekaan,sewajarnya mereka bertindak positif dan saling membimbing generasi ke arah lebih maju.

“Selamat hari Malaysia…WE ARE MALAYSIAN.. Yes betul dan paling tepat.. kdg ada yg dok kecam bangsa lain sb depa dok pikiaq depa melayu.

“Kena ingat.. ramai kawin campoq la nih.. dlm darah anak2 kami .. ada darah british, darah cina, darah bugis, jawa, banjar dan ada sedara mara yg kawin india..

“So stop la berkira pasal bangsa nih.. patut sesama bantu membimbing generasi akan dtg utk bersatu padu.

“Hormat menghormati setiap agama.. jgn dok ajar bebdk naik semangat membenci bangsa lain.. nasihat nih bkn saja utk MELAYU!! Tp utk bangsa lain jugak.

“Sebab rata2 followers kami ada je india cina mix blood, agama lain2… kdg dok se”table” dgn org2 kan,” tulisnya.

Dalam pada itu, ibu kepada lima orang anak ini akui mempunyai banyak ‘darah campuran’.

“Depa sembang dok kecam2 maki cina.. kami pon terasa jugak sb mak kami cina, kdg lepas depa dok maki2 tu kami selit je.. uishhh sian mak aku.. dia cina tau.. berubah plak muka kau!!

“Pastu nak tarik balik kata2 tu dh terlambat.. sebab tu yg terbaik, kalau xde kata2 yg baik nk keluar dari mulut ko.. diam jek..

“Arwah atok sedara kami india, Moyang kami british.. So xyah dok pertikaikan bangsa n agama..

“Kita ttp satu rumpun..berkongsi bumi Allah.. lek lek je bhai.. yg buruk adalah sikap manusia itu sendiri, bukan agama atau bangsa.. jgn judgemental sgt.. fikir positif, berbaik2 sesama manusia, demi keamanan negara, demi masa depan anak2 dan cucu cicit tercinta,” kongsinya lagi.

Malah, isteri kepada pelawak Johan menasihati agar individu saling menghormati antara satu sama lain.

“Paling utama saling hormat menghormati.. nih bkn marah tau.. nasihat.. ikut hampa la.. nak dgr atau x.. HAPPY MALAYSIA DAY TO ALL MALAYSIANS.. #familyhananiau,” akhirinya.

Menerusi ruangan komen,rata-rata telah memberikan komen pelbagai.

Foto:Instagram Ozlynn

Published by
Amynur Akmal