Selepas memaklumkan mengenai kemerosotan kesihatan ibunya, Aishah Nyak Dam beberapa hari lalu, kini pelakon senior, Sheila Mambo merakam rasa lega apabila ibunya sudah menunjukkan perkembangan yang baik.
Kongsinya menerusi Instagram, kaki dan tangan ibunya yang berusia 79 tahun itu sudah boleh bergerak.
“Alhamdulillah mak dah menunjukan perkembangan yg baik. Kaki dn tangan dh blh gerak sikit. Tapi mak ckp pd adek perempuan bongsu semalam lepas bg susu, mak kata Allah hantar 5 org jumpa dia.
“Lepas tu mak tadah tangan berdoa ‘semoga Allah ampunkan dosa anak. Adek dh sedih. Dalam perjuang sakit pneumonia’ mak msh ingat anak2,” tulis Sheila.
Ads
Pada masa sama, dia turut berdoa agar ibunya kembali pulih seperti biasa dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang turut mendoakan kesihatan ibunya itu.
“SubhanAllah semoga Allah SWT angkat azab kesakitan mak dan digantikan dgn kesembuhan. Setiap kali kami ngaji mak akn angkat tangan aamiin.
Ads
“Terima kaseh pd semua teman2 jauh dekat dn fan ig/ fb yg turut mendoakan utk mak. Asbab doa kalian kesembuhan mak (hak Allah dimakbukan) InshAllah semoga Allah balas dgn hal yg baik2 didunia dn akhirat pd kalian semua,” kongsinya panjang lebar.
Semoga kesihatan ibu pelakon Andainya Takdir 2 ini bertambah-tambah baik selepas ini, Amin…
Foto: Instagram Sheila Mambo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru seminggu rapper, Yonnyboii dan personaliti media sosial, Nik Nazira mengikat tali pertunangan, timbul pula desas-desus mendakwa bintang tersebut dikatakan telah merampas kekasih kepada penyampai radio, Imran Aqil.
Menerusi satu temu bual berama Melodi, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin tampil mempertahankan dirinya dan menjelaskan mengenai khabar angin tersebut.
Menurut Yonnyboii, dia menafikan segala dakwaan tersebut dan menyifatkan perhubungan mereka telah terjalin selepas Nazira dan Imran berpisah.
“Tiada istilah merampas pun sebenarnya. Kami mula-mula memang berkawan je tapi perhubungan itu telah terjadi. Jadi, kami pun tak tahu nak explain macam mana. Rampas atau tidak, perkara itu dah terjadi. Cuma kami go with the flow.
“Saya tahu mereka masih berkawan. Saya ada bersama dia sewaktu dia sedih. Saya kawan baik dia. Jadi segala cerita yang dia tak puas hati, dia ceritakan kepada saya.
“Dia rasa susah hati nak cerita dekat pihak di sana. Dia pun banyak dengar masalah-masalah saya yang sebelum ni.
“Kalau boleh, tengoklah balik silap sendiri. Ada sebab dia pergi janganlah menyalahkan Nik Nazira sahaja. Kesian dia,” katanya.
Menerusi temubual yang disiarkan pada Ahad, pihak Melodi juga telah berjaya mendapatkan reaksi daripada Nik Nazira berhubung dakwaan tersebut.
Jelas Nazira, hubungannya bersama Imran telah pun berakhir dan Yonnyboii merupakan antara individu yang sentiasa memberikan semangat kepadanya saat dia berasa sedih.
“Yonny tak rampas. Malah, dia lagi banyak nasihatkan saya untuk bersabar. Minta saya beri lagi peluang kepada pihak di sana kerana hubungan itu dah lama hancur meski sebelum kami putus. Dia tipu, dia curang.
“Kita yang perempuan ni pun dah tawar hati. Bila dah tersakiti sangat, kita pandang dia pun jadi sakit. Saya pergi ni pun sebab diri dia juga. Jangan salahkan orang lain,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Nazira juga turut menafikan sekeras-kerasnya suara-suara nakal yang mendakwa dia memilih Yonnyboii disebabkan populariti yang dimiliki bintang tersebut.
“Terkenal atau tidak itu bukan satu masalah. Sebab pada akhirnya nanti, bukan populariti itu yang jaga saya. Popular macam mana sekali pun, kalau dia tak boleh jaga saya, merana juga.
“Saya pilih dia sebab Yonny ada kritiria yang ‘dia’ takkan pernah ada. Orang tak boleh cakap, hanya kerana dia nampak baik di alam maya, tak bermakna dia baik di alam nyata. Saya kenal dua dua pihak. Saya tahu nak menilai mana baik dan buruk.
“Takkan la kita nak memperjudikan diri sendiri hanya kerana seseorang itu popular sahaja. Nanti pasangan sendiri tak terjaga kerana sibuk nak jaga populariti.
“Soal jodoh ni Allah dah tentukan. Kalau Dia dah merancang sebegitu, siapa saya nak menolak,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Yonnyboii dan Nazira telah pun selamat mengikat tali pertunangan mereka pada tanggal 9 Oktober lalu.
Adele tidak dapat menahan air mata apabila melihat Celine Dion hadir menonton persembahan residensinya di Las Vegas, Sabtu lalu. Dia yang sedang menyanyi berhenti serta-merta lalu memeluk idolanya itu.
Berkongsi momen tersebut di laman Instagram, pelantun lagu Hometown Glory itu menyifatkan pertemuan itu sebuah momen yang paling berharga bagi dirinya apatah lagi dewan residensi itu sebelum ini dibina khas buat Celine Dion.
“Saya telah membuat persembahan di ruang Celine Dion di Colosseum selama hampir dua tahun sekarang. Empat minggu lagi persembahan saya akan selesai! Ia adalah satu-satunya tempat yang saya mahu buat persembahan di Vegas kerana pasa asalnya ia dibina untuk Celine.
“Saya mempunyai gambar Celine betul-betul di sebelah pentas, yang mana saya sentuh gambar itu setiap malam sebelum saya naik ke pentas. Kedatangannya ke persembahan hujung minggu ini adalah satu kejutan dan ia merupakan satu momen,” tulisnya.
Menambah lagi, dia turut menzahirkan rasa kasih dan hormatnya kepada bintang senior itu yang sebelum ini memiliki masalah Kesihatan kritikal.
“Saya sayang awak sangat sangat sangat. Tiada perkataan dapat menggambarkan betapa bermakna anda kepada saya.
“Apatah lagi melihat anda kembali ke tempat ini bersama seisi keluargaa. Saya sangat suka berada di sana ia merupakan satu penghormatan dan malam Sabtuitu akan menjadi sesuatu yang saya ingat selama-lamanya,” tulisnya lagi.
Persembahan yang dinamakan Weekends With Adele akan berakhir kelak. Penyanyi popular itu dijadualkan mengadakan persembahan terakhirnya pada hari Sabtu, 23 November akan datang.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Disney telah pun melancarkan platfrom penstriman baharu yang diberi nama Disney+ sejak 2019.
Berita baik buat penonton di negara ini, anda kini tidak perlu menunggu apabila Disney+ Hotstar telah pun dilancarkan secara rasmi di Malaysia bermula 1 Jun lalu.
Buat pengetahuan anda, platform ini bakal menghimpunkan kandungan popular daripada jenama-jenama hiburan paling ikonik di bawah syarikat ini seperti Disney, Pixar, Marvel, Star Wars dan National Geographic.
Disney+ Hotstar membawakan beribu-ribu jam hiburan untuk segenap lapisan umur, dengan beraneka pilihan terdiri daripada 800 filem dan 18,000 siri episod terbitan The Walt Disney Company yang paling hebat.
Malah, anda juga boleh menonton kesinambungan filem Marvel, Avangers: Endgame menerusi beberapa pecahan siri tebaru seperti The Falcon and The Winter Soldier, WandaVision dan Loki.
Dalam pada itu, anda bakal disajikan dengan pelbagai tayangan perdana eksklusif beberapa filem dan siri drama buatan Malaysia yang paling dinanti-dinantikan seperti J2: J Retribusi, Zombitopia, Ada Hantu, Semanis Senyumanmu dan Wifi Sebelah Rumah.
Mulai 1 Jun juga, pengguna boleh melanggan perkhidmatan ini menerusi DisneyPlusHotstar.my atau memuat turun aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS untuk menikmati penstriman dengan harga RM54.90 untuk tiga bulan.
Manakala bagi pelanggan Astro Movie Pack pula, anda berpeluang menikmati pekej istimewa ini dengan hanya tambahan RM5 secara bulanan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari astro.com.my/Disney atau DisneyPlusHotstar.my.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Firsta Yufi Amarta Putri dari Jawa Timur dinobatkan sebagai Puteri Indonesia 2025 dalam acara gilang-gemilang yang berlangsung semalam, 2 Mei 2025, bertempat di Pusat...