“Mak-Mak Memang Macam Tu Eh?,” – Kembali Hos MHI Lepas Cuti Bersalin, Anim Ezati Rizki Mahu Lekas Pulang Tatap Wajah Anak

Share

Setelah hampir dua bulan cuti bersalin, akhirnya pengacara, Anim Ezati Rizki kembali memulakan tugasnya mengacarakan program, Malaysia Hari Ini.

Menurut Anim, dia mengakui perasaannya pada kali ini sedikit berbeza kerana semenjak bergelar ibu, dia merasakan seperti mahu cepat pulang ke rumah untuk sentiasa berada dekat dengan anak sulungnya itu.

“Kembali bersiaran setelah dua bulan cuti. Lain eh perasaan dia. Rasa nak balik aje. Haha! Balik-balik Khalsom tidur je punnnn.

“Bukan boleh berbual dengan kita pun. Tapi masih nak balik awal, nak tengok muka dia pun jadi. Mak-mak memang macam tu eh?

“Terima kasih semua yang ucap kembali bekerja buat saya. Masih kekok lah,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas pengacara program 999 itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Anim turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraannya selama ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan selamat kembali kepada Anim.

Terdahulu, Anim telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Yara Alanna Khalsom pada tanggal 9 September lalu.

Anim mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Mohd Fadli Sahudin pada 28 Disember 2019.

Sumber: Instagram Anim Ezati Rizki

Published by
Aizam Manaf