Terbaru pelakon Zarina Zainuddin telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya dan memaklumkan anaknya, Muhammad Naim Azrai yang mengalami ketumbuhan di mulut dan perlu menjalani pembedahan.
“Assalamualaikum Doakan naim yea semuga selamat operation hari ni..
Naim mengalami ketumbuhan di mulut, saya ingatkan ulser tapi bila check doktor kata dah berakar dan perlu operate ..”
“Kadang benda2 kecik ni kita terlepas pandang sebab dia cakap tak sakit.. harap ibu ibu semua hati2 kena pantau selalu apa yang berlaku pada anak kita ..mak mana tak sayang anak.. itulah jantung hati kita yang boleh buat hati kita terusik ..yang buat mata kita berkaca menahan sebak Semuga dipermudahkan segalanya ,amin” tulisnya.
Zarina memberitahu bahawa dia menyangka hanya ulser kecil di mulut anaknya, tetapi bila diperiksa oleh doctor ternyata ianya merupakan ketumbuhan di mulut.
Zarina juga menasihati kepada netizen untuk supaya sentiasa lebih peka dan pantau kesihatan anak anak.
Lantas, netizen juga turut bersetuju dengan nasihat dan kata kata yang telah diberikan oleh Zarina.
MH mendoakan supaya Zarina tabah dalam menghadapi dugaan dan kesihatan anaknya Naim sembuh seperti sediakala.
Foto : Instagram Zarina Zainuddin