
Pelawak dan pengacara, Ali Puteh berkongsi khabar kurang gembira apabila memaklumkan ibunya kini sedang menerima rawatan di Hospital Serdang kerana diserang penyakit semput.
Menurut Ali yang juga merupakan adik kepada Allahyarham Abam, dia berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan ibunya itu yang kini dilaporkan sedang ditidurkan dan hanya bergantung menggunalan alat pernafasan.
“Salam jumaat penghulu segala hari. Mak masih dihospital dan keadaan mak masih ditidokan dan menggunakan alat pernafasan. Semoga mak kuat dan terus kuat.
“Doakan buat mak semoga semuanya kembali sediakala. Allah uji tanda Allah sayang. Segala puji bagi Allah. Doakan buat mak ye.amin,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh Ali menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram sebentar tadi.
Bagaimanapun, Ali mengakui reda dengan ujian yang melanda keluarganya ketika ini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa simpati selain turut mendoakan semoga ibu Ali akan segera sembuh.
Terdahulu, Ali pada Khamis memaklumkan ibunya telah dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulan.
Sumber: Instagram Ali Puteh
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dibebaskan Dari Hospital Semalam Setelah…,”- Misha Omar Syukur, Anak Kian Sembuh

Penyanyi terkenal, Misha Omar memaklumkan anaknya Muhammad Idris Ezzwa positif Influenza A.
Bagaimanapun, anak kepada penyanyi lagu Sampai Bila ini difahamkan kian sembuh dan sudah keluar dari hospital sebelum terpaksa dikuarantin selama beberapa hari.
“What a way to start a new year, a new age in 2020!!
“Alhamdulillah, anak saya Muhammad Idris Ezzwa dibebaskan dari hospital semalam setelah bertahan dan bertarung dengan influenza A selama 5 hari 4 malam.
“Terima kasih buat Dato Dr. Musa & sepasukan bidadari yg sgt baik hati & penyayang menjaga anak saya selama kami berada di hospital.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan terima kasih buat kalian, kawan-kawan Kak Mitch di Instagram yg mendoakan kesihatan Idris.
“Mudah-mudahan Idris cepat sembuh, pulih seperti sediakala setelah menghabiskan ubat-ubatan yg dibekalkan oleh doktor dan meneruskan persekolahan tidak lama lagi.” tulisnya.
Di samping itu, penyanyi berusia 36 tahun ini memberi nasihat kepada netizen untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan jangkitan wabak Influenza A.
“Kepada ibu-ibu yg berada di luar sana, sama-samalah kita menjaga dan mengambiltahu apakah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kepada anak-anak kita.
“Kepada ibu-ibu yg sedang menjaga anak-anak yg senasib dengan Idris, Kak Mitch doakan semoga kalian terus bersemangat, dilindungi kesihatannya dan kuat untuk menjaga anak-anak yg sedang sakit.
“Kita para ibu, manusia kuat, punya jiwa yang kuat..teruslah bertahan ok?.
“Bunga ni datangnya dari sepasang remaja liar yg tak dengo cakap (org dah kata dah, sakit ni berjangkit) tetapppp juga munculkan diri dengan bertopeng hahahahha!!
“Terima kasih @nagasakti & @julia_juhasu @juliajuhasu ..bunga ni lengkap dgn buah & dinner di fatty crab, yang lain kak mitch dah ngaappppp!!!
“Terima kasih juga pada abg @mimieomar ,sedia menemani,sedia menjaga, kata dia lagi sedia juga dijangkiti (wahhh berani eh) demi anak gunung kesayangannya…apapun budi kalian pada kak mitch sekeluarga..Allah saja yg Maha kaya mampu membalasnya… Terima kasih…,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Misha Omar (@mishaomar) on
Misha sebelum ini ada memberitahu anak lelakinya itu mengalami demam pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-38 lalu.
Terdahulu Misha dan suami, Firros Ezzwan Rosly berkahwin pada 2 Mei 2014.
Foto: Instagram Misha Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bergelar Ibu Tunggal, Mawar Karim Kental Hadapi Cabaran Hidup! Cuba Nasib Jadi Saudagar Emas?

Isi Kandungan
ToggleSiapa tidak kenal dengan jenama tudung Fareeda yang penah mencipta fenomena serta cukup eksklusif dan terkenal suatu ketika dahulu. Malah, jenama ini sempat menjadi rebutan khususnya di kalangan hijabi meski harganya mencecah ratusan ringgit sehelai.
Bahkan setiap kali koleksi terkini dilancarkan peminat jenama tersebut sanggup ‘berkampung’ dan berbaris panjang di hadapan butik demi menjadi pemilik terawal tudung Fareeda.
Bisnes Tudung Fareeda Kian ‘Merundum’ Sejak Covid-19 Yang Lalu
Memang luar biasa penangan bisnes usahawan kelahiran Pulau Pinang, Faridah Zakaria!
Empayar niaga yang diasaskan pada tahun 2006 oleh Faridah Zakaria ini nyata mencetus fenomena dalam sejarah fesyen muslimah tanah air.
Pada tahun 2016 jenama Fareeda viral apabila dipercayai ribuan orang menyerbu dan berhimpit-himpit memasuki butik Fareeda sampai mencetuskan ketegangan.
Waktu itu, anak perempuan pengasasnya iaitu Mawar Abdul Karim yang menjadi wajah rasmi Fareeda menjadi perhatian ramai dan popular. Tambahan pula, rupa paras cantik Mawar dan berita perkahwinannya dengan pelakon kacak, Fizo Omar pada tahun 2013.
Namun kini sambutan terhadap tudung itu tidak lagi semeriah dulu. Pun begitu, Mawar setia menggayakan koleksi Fareeda Group.
Mawar Cabar Diri, Ceburi Bisnes Barang Kemas
Walau bisnes yang diusahakan ibu tersayang terjejas akibat Covid-19 namun Mawar selaku ahli perniagaan enggan mengalah dan terus melangkah dengan membuka cabang bisnes baharu antaranya barangan kemas.
Dia yang genap berusia 34 tahun pada 5 Jun lepas dilihat makin matang dan tenang mengemudi perniagaan. Apatah lagi sejak kehadiran cahaya mata tunggal iaitu Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.
Biarpun perkahwinan yang dibina tidak berkekalan namun sebagai ibu tunggal, Mawar kental mendepani cabaran hidup dan berdikari membesarkan anak tersayang.
Malah, dia turut mengikuti pengajian Jewellery di University of the Arts London demi menambah pengetahuan dalam bidang yang diceburi.
Bersandarkan pengaruh dan pengikut mencecah jutaan orang di media sosial, tidak hairanlah apa saja produk diusahawan Mawar mendapat sambutan peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengurus Meninggal Dunia, Krisdayanti Iring Jenazah Hingga Ke Kubur

Khabar duka menyelubungi penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti, apabila pengurus kerjayanya, Selby Anwar, meninggal dunia pada Isnin, 3 Februari 2025.
Seperti diketahui umum, Selby telah berkhidmat dengan penyanyi tersebut sejak tahun 1993 lagi sejurus dia memenangi pertandingan Asia Bagus mewakili Indonesia pada tahun 1992.
Dari permulaan album pertamanya sehinggalah digelar Diva Indonesia, Selby sentiasa berada di sisinya untuk setiap pencapaian manis dan jatuh bangun kerjayanya.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Kisdayanti berkongsi rasa tentang kehilangannya dan memuat naik beberapa foto kenangan terakhir.


“Terima kasih untuk bersama dari langkah pertama kita kak, 1993. Hingga sekarang melepaskanmu dan akan terus terpatri kerana hati dan kerja baikmu selamanya.
“I love you, damai di syurga ya,” tulis ibu kepada empat cahaya mata itu.
Dalam gambar yang dimuat naik bersama kapsyen tersebut, dapat dilihat Krisdayanti mengenakan pakaian serba hitam mengiringi jenazah pengurusnya itu ke rumah duka sehinggalah ke tanah perkuburan untuk disemadikan.
Jenazah Selby Anwar telah selamat disemadikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Pondok Benda, Pamulang, Tangerang Selatan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI