“Mak Masih Ditidurkan & Menggunakan Alat Pernafasan,” – Ibu Dimasukkan Ke Hospital Kerana Diserang Semput, Ali Puteh Mohon Doa Orang Ramai

Share

Pelawak dan pengacara, Ali Puteh berkongsi khabar kurang gembira apabila memaklumkan ibunya kini sedang menerima rawatan di Hospital Serdang kerana diserang penyakit semput.

Menurut Ali yang juga merupakan adik kepada Allahyarham Abam, dia berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan ibunya itu yang kini dilaporkan sedang ditidurkan dan hanya bergantung menggunalan alat pernafasan.

 “Salam jumaat penghulu segala hari. Mak masih dihospital dan keadaan mak masih ditidokan dan menggunakan alat pernafasan. Semoga mak kuat dan terus kuat.

“Doakan buat mak semoga semuanya kembali sediakala. Allah uji tanda Allah sayang. Segala puji bagi Allah. Doakan buat mak ye.amin,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh Ali menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram sebentar tadi.

Bagaimanapun, Ali mengakui reda dengan ujian yang melanda keluarganya ketika ini.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa simpati selain turut mendoakan semoga ibu Ali akan segera sembuh.

Terdahulu, Ali pada Khamis memaklumkan ibunya telah dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulan.

Sumber: Instagram Ali Puteh

Published by
Aizam Manaf