Penyanyi Siti Sarah atau nama sebenar Siti Sarah Binti Raisuddin telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, video tersebut memaparkan ayah kepada Siti Sarah sedang memarahi anak penyanyi itu.
Lantas, isteri kepada pelakon dan pelawak Shuib turut membuat drama atau erti kata lain berpura berpura menangis untuk menyakat anaknya, Ariq Matin.
“Ibu ngn atok sama naik menyakat matin.. bendenya tak de apa sangat pon tapi bile ibu buat drama matin punya drama lagi power #ariqmatin”tulisnya.
Lalu, video yang dimuat naik oleh penyanyi lagu Semakin itu menjadi perhatian peminat. Rata-rata peminat merasa terhibur apabila melihat gelagat anak beranak itu.
Amboi! Boleh tahan juga Siti Sarah ni berlakon, kuat menyakat rupanya. Kelakar bila tengok gelagat Siti Sarah.
Video : Instagram Siti Sarah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tidak Masuk Syuga Si Batu Api,”- Suka Lihat Orang Bergaduh? PU Azman Kongsi Impaknya
Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman, ada memberikan nasihatnya mengenai mereka yang sedang berselisih pendapat.
Menurut PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man itu, sekiranya kita melihat ada dua pihak sedang berbalah, damaikanlah mereka.
View this post on InstagramA post shared by PU Azman (@puazmanofficial) on
“Saudaraku semua, bila kita nampak dua kumpulan atau dua orang saudara kita bergaduh atau ada salah faham, damaikanlah mereka.
“Cik Man sertakan dalil di ruangan caption,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Cik Man menerusi akaun Instagram miliknya.
Jelas juara program Pencetus Ummah Musim Ke-2 itu lagi, ketika kita melihat orang lain sedang bertengkar, elakkanlah menjadi dua jenis individu ini.
“Dalil Surah Al Hujurot ayat 10. Maksudnya: Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Maka damaikanlah antara kedua-dua saudaramu itu.
“Tidak masuk Syurga nammaam / si batu api”. (Bukhari Muslim). Tidak akan masuk Syurga qottaat / si batu api”. (Bukhari).
“QATTAAT: Orang yang mendengar sesuatu daripada orang lain tanpa mengetahui makna sebenarnya, kemudian menyampaikan apa yang didengarnya kepada orang lain.
“NAMMAAM : Orang yang ada di tempat kejadian ketika mengetahui suatu hal orang, kemudian dia sebarkan kepada orang lain,” kongsinya.
Dalam pada itu, Cik Man turut sempat bergurau mengenai dua terma yang dikongsikannya itu.
“Semoga Cik Man bukan NAMMAAM, tapi bila lapar memang cik man nak MAMAM.
“Semoga Cik Man bukan QOTTAAT, tapi bila lapar cik man memang muka KETAT,” selorohnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Cik Man diatas perkongsian tersebut selain turut berharap agar kita semua boleh mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.
Sumber: Instagram PU Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tiada Jawapan Bila Akan Dikurniakan Anak,” – 6 Tahun Kahwin Belum Ada Rezeki Timang Zuriat, Marsha Berserah Pada Allah SWT
Sudah menjadi impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga untuk memiliki cahaya mata sebagai penyeri mahligai cinta yang dibina.
Setelah hampir 6 tahun berkahwin bersama suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh berkata mereka masih menanti untuk dikurniakan permata hati sebagai pelengkap sebuah keluarga.
“Kalau sentuh tentang hal anak, masih belum ada lagi rezeki untuk ke arah itu. Insya-Allah kita doakan yang baik-baik sahaja.
“Malah saya tiada jawapan bilakah saya akan dikurniakan anak, hanya berserah sahaja pada Allah SWT.
“Dia Yang Maha Mengetahui. Cuma Dia sahaja yang tahu bila masa yang tepat dan sesuai untuk saya berpeluang untuk jadi ibu dan ada anak,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia 3 (AF3) ini menjelaskan, dia dan suami tidak merancang. Sebaliknya terbuka mengenai soal tersebut.
“Sejujurnya, saya dan suami memang tidak merancang namun untuk soal hamil itu semua dengan izinNya.
“Masa mula-mula kami kahwin, sebenarnya kami memang tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki awal dan kami memang berserah.
“Cuma belum lagi ada, harap semua sama-sama mendoakan agar saya dimurahkan rezeki untuk mempunyai anak sendiri, insya-Allah,” katanya.
Untuk rekod, Marsha mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga ahli perniagaan itu pada 31 Disember 2015.
Bintang ini menjadi tetamu bagi episod terbaru Media Hiburan Throwback yang dihoskan Radin yang bakal bersiaran hari ini, jam 9 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Foto: Instagram Marsha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Bergelut Dengan Masalah Mental Sejak Kecil,” – Tiga Bulan Berlalu, Chris Daughtry Akhirnya Dedah Punca Kematian Anak
Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak yang disayangi ‘pergi’ pada usia yang masih muda. Pada 12 November 2021 yang lalu, penyanyi Chris Daughtry dan isteri, Deanna Daughtry telah mengumumkan bahawa anak mereka, Hannah Price,25, meninggal dunia.
Hannah merupakan anak hasil perkahwinan Deanna yang pertama. Walaupun begitu Chris sudah menganggap Hannah seperti anaknya sendiri dan hubungan mereka rapat walaupun dia hanya bergelar bapa tiri. Ekoran kejadian tersebut, banyak spekulasi liar berkaitan kematian Hannah tersebar. Kini tiga bulan berlalu, barulah mereka bersedia untuk berkongsi tentang punca kematian anak mereka itu.
Dalam satu kenyataan media yang diberikan secara eksklusif kepada portal People, keluarga ini menyatakan bahawa Hannah telah membunuh diri di bawah pengaruh dadah.
Menurut kenyataan tersebut, “Anak perempuan kesayangan kami, Hannah Price meninggal dunia pada 12 November 2021 yang lalu. Banyak spekulasi telah dicetuskan sejak itu. Kini setelah siasatan penuh telah selesai dilakukan oleh pihak berkuasa, kami boleh berkongsi maklumat yang lebih lanjut.”
Hannah telah menggantung diri di rumahnya dan dijumpai oleh teman lelakinya yang kemudian menghubungi pihak polis. Sejak kecil lagi, Hannah dikatakan bergelut dengan masalah mental dan selalu keluar dan masuk pusat rawatan selama bertahun-tahun.
BACA JUGA: Anak Meninggal Dunia Secara Mengejut, Chris Daughtry Tangguh Tarikh Konsert Akan Datang
“Beberapa bulan selepas kehilangan ayah kandungnya yang juga membunuh diri, Hannah pula terlibat dalam satu insiden yang mana dia menjadi mangsa dan terkena tembakan di muka. Kami melakukan segala yang kami mampu untuk menyokongnya dan mendapatkan bantuan yang dia perlukan untuk pulih daripada tragedi ini sekali gus mengembalikan hidupnya ke landasan yang betul,” jelas kenyataan itu lagi.
Keluarga Chris Daughtry juga ada menyebut yang sebelum Hannah membunuh diri, mereka ada membuat rancangan bersama dengan mendiang supaya dia mendapatkan rawatan dan tinggal berdekatan keluarga.
Pada pagi kematiannya, keluarga ini memberitahu lagi yang Hannah ada menghubungi mereka menyatakan yang dia bimbang akan keselamatannya selepas mendakwa teman lelakinya mendera secara fizikal dan mengambil keretanya.
Mereka segera menghubungi Jabatan Polis Daerah Fentress untuk melakukan pemeriksaan. Namun begitu setelah mendapat mengesahan dari Hannah sendiri yang dia dalam keadaan yang baik, pihak polis berlalu pergi tanpa tindakan lanjut.
Semasa kejadian menyayat hati tersebut berlaku, Chris Daughtry ketika itu sedang dalam siri jelajah konsert muziknya. Mengambil keputusan membatalkan siri jelajah yang seterusnya, dia pulang kepangkuan keluarga untuk menghadapi waktu sukar. Sehingga kini, penyanyi itu tidak memuat naik sebarang hantaran baharu di laman Instagramnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber: People
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI