
Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberikan respons berhubung isu melibatkan keluarganya yang hangat diperkatakan, sejak kebelakangan ini.
Menerusi satu kenyataan panjang di Instagram, Aliff menegaskan, perkara tersebut bukanlah bahan hiburan atau konten semata-mata.
“Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya penulisan ini akan menyinggung ramainya pihak.
“Ramai yang menantikan komen saya. Saya cuma nak sampaikan dan saya merayu kepada semua blogger dan wartawan untuk bantu saya menghentikan segala yang viral di media sosial ini.
“Cukup-cukup la apa yang berlaku kepada keluarga saya kebelakangan ini. Ini bukan sesuatu yg mengembirakan atau konten drama,” luahnya.
Sayang Keluarga
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu juga menjelaskan, dia sentiasa berusaha untuk menjaga maruah keluarga walaupun terpaksa berhadapan situasi sukar, terutama apabila ia membabitkan ahli keluarga sendiri.
“Saya sayang keluarga saya, mak saya. Keluarga kita unik tapi penuh kasih sayang. Mereka semua sayang mak.
“Walaupun kami bukan satu bapa tapi kami satu ibu, satu rahim. Sebenarnya saya sudah sedaya upaya untuk menutupi segala masalah yang berlaku kepada keluarga kami.
“Saya sebagai anak, abang, suami turut tersepit dalam keadaan ini malah sukar untuk saya luahkan bila melibatkan banyak orang,” kongsinya lagi.
Mohon Hormati, Jangan Melebih-Lebih
Aliff turut memohon agar masyarakat di luar sana tidak mencampuri secara berlebihan dan menghormati situasi keluarganya.
“Kepada orang luar please jangan berlebihan, mohon hormati. Mak saya dah tua dah pun dan punya anak remaja dan cucu.
“Malah adik-adik saya masih remaja dan mentah untuk melalui kehidupan di mana parents bercerai.
“Perlu ke saya cerita satu-persatu? Mereka terpaksa menerima orang baru. Mereka tidak menolak tetapi ianya tidak la mudah, hanya yang mengalami sahaja yang tahu perasaannya bila dalam keadaan ini,” maklumnya lagi.
View this post on Instagram
Sehingga kini, hantaran yang dimuat naik Aliff Syukri telah menerima hampir 50,000 tanda suka dan dihujani dengan ribuan komen daripada netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI