Pelakon berbakat, Azhan Rani merakamkan rasa syukur apabila dia diberikan pengharagaan menerusi Anugerah Telenovela 2019 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Jumaat lalu.
Atas keberkesanan lakonan yang ditampilkan menerusi drama bersiri Nur, bintang berusia 43 tahun itu mendapat Anugerah Khas Juri atas persembahan lakonan yang memberi kepada masyarakat.
Apresiasi atas kemenangannya itu dikongsikan Azhan menerusi entri di Instagram.
“Selalu jadi tukang tepuk malam ni hambek aku pulak kena tepuk.. semoga bukan anugerah kesian sebab ini merupakan anugerah khas juri.. setinggi2 terima kasih buat juri2 atas penghargaan ini.
“Tak lupa juga buat @radius.one terutama penulis dan pengarah kesayangan malaya @budakijat yang menyebabkan AZHAN RAN naik stage malam ni.. pastinya akan berderet ucapan tahniah untuk ini, apapun aku dahulukan dengan terima kasih.. memadailah puji2an buat Allah SWT yang mengizinkan segala kebaikkan.
“Yang lebih penting disebalik seketul award, puji2 dan tepuk sorak apa yang akan jadi esok.. semoga malam ni bukan sekadar penerus tradisi malam anugerah namun yang lebih penting andai malam ini dapat mencetuskan lebih banyak kebaikkan untuk kemajuan penulisan juga pembikinan drama dan filem kita.
“Banyak isu serius samada isi kandung dan tanggungjawab sosial karya, kebajikan, pengurusan, masa depan pengkarya baik yang di depan kamera mahupun di belakang kamera yang patut dibuat penambahbaikkan.
“Moga sama2 kita betulkan nawaitu.. andai esok lebih baik buat kita semua ianya adalah anugerah yang paling manis buat kita semua.. in shaallah,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #syukur #yayasanpembangunanbukunegara dan #anugerahtelenovela2019.
Sementara itu, menerusi salah satu posting lain, pelakon ini turut berterima kasih atas restu serta doa dari ibu tersayang yang tak pernah putus.
Malah maklumnya lagi, meski si ibu agak jarang menonton program televisyen selain berita, namun ibunya tetap menitpkan namanya dalam doa.
“Percaya tak, heboh la 1 malaysia tengok drama #nur tu mak aku bukan la tengok sangat pun.. memang dari dulu dia susah nak berjaga malam tengok tv.. lepas berita biasa dia akan masuk tidur.
“Tapi mak kata mak selalu sebut aku dalam doa dia.. tak pernah tinggal walau sehari pun.. rasanya esok pagi baru mak aku tau pun apa yang jadi malam ni.. terima kasih buat doa dan restu yang tak pernah putus.
“Kalau abah ada dia akan jadi penyampai untuk mak.. harap boleh bagi mak sikit gembira dengan hariah malam ini.. maaf abah, tak banyak detik gembira dapat an bagi untuk abah dulu.. terima kasih yang yang tak terhingga untuk budi yang tak terbalaskan buat kedua syurgaku #syurgaku #alfatihahbuatabah #allahyarhamabdulranibinsabri,” tulis Azhan Rani panjang lebar.
Foto: Instagram Azhan Rani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI