Hos dan pengacara, Yana Samsudin ada memuat naik memori foto bersama ahli keluarga di Sarawak menerusi Instagram.

Nyatanya, perkongsian yang dibuat pelakon Wawa Semput itu awal semalam mengundang rasa syahdu apabila ada ahli keluarga yang telah pergi selamanya.

“Tetiba syahdu pula. Rindu Babeh & Tayung. Memori full, scroll la nak delete pic & video , lalu pulak pic ni.

“Tak tahu nak describe camne. Rindu tapi jauh, walaupun jauh tapi sentiasa di dlm doa & hati,” tulisnya.

Kongsi Yana lagi ketika di usia remajanya, dia terimbau perlu kerja keras demi keluarga tersayang.

“Ye lah, zaman muda yana , kena kerja keras nak beli tiket mak abah & adik beradik lain untuk balik sana. Tau lah kan kalau balik time raya Xmas & gawai harga tiket mahal.

“Ok, jangan tertanya yana ni kaum apa pulak. Mak yana muslim convert asalnya Bidayuh Kristian, Sarawak.

“Keluarga mak pribumi Sarawak. Diaorg tinggal dalam komuniti kecik, tanam pokok durian, lada hitam, padi bukit, dan makan hasil bumi.

“Mak pernah cerita kalau diaorg adik beradik masuk hutan nak kemas kebun atau ke kampung sebelah ambil masa 4 hari tau, berjalan kaki redah hutan bukit bukau. Salute lah, diaorang tak sesat pun,” maklumnya.

Pada masa sama, Yana turut berkongsi momen di mana ibunya telah diberi restu oleh kedua ibu bapanya bergelar seorang Muslim.

“Paling Yana salute, Babeh, Tayung & adik beradik mak (Aunty & uncle) beri peluang mak yana pilih jalan hidupnya (muslim) tanpa memutuskan silaturrahim sesama mereka.

“Jika di fikirkan pasal pengorbanan mak, jauh lebih kuat berbanding kami di sini.

“Tinggalkan keluarga, tukar agama dan ikut suami ke Johor. Sampai sekarang setiap kali dia call mak dia, mesti menangis,” jelas Yana yang turut meluah rasa rindu.

“Tapi tu lah, yana tulis ni bukan nak cerita pasal pengorbanan sesapa. Yana nak cerita pasal yana rindu orang orang tua keliling yana. Mendiang Babeh meninggal usia 99 tahun februari 2 tahun lepas.

“Korang tahu kan situasi bila petang orang tua datang berkumpul duk mengopi mengeteh , menyogel sireh depan rumah… menganyam tikar, menganyam bakul, asah parang kebun, bawa balik durian , lada hitam, padi sawah , padi bukit, rambutan & hasil hutan seperti rebung & sayur sayuran.

“Cucu kecik main main kat halaman rumah. Rindunya!!!!!! Ok lah. Tak sanggup nak sambung cerita. Semoga kita semua, mak abah mama abah, atuk nenek mendapat pengakhiran yang baik insyaAllah. Amin,” doa Yana panjang lebar.

View this post on Instagram

Tetiba syahdu pula… Rindu Babeh & Tayung… 😢 . Memori full, scroll la nak delete pic & video , lalu pulak pic ni… 😭 . Tak tahu nak describe camne… Rindu tapi jauh… walaupun jauh tapi sentiasa di dlm doa & hati. . Ye lah, zaman muda yana , kena kerja keras nak beli tiket mak abah & adik beradik lain untuk balik sana. Tau lah kan kalau balik time raya Xmas & gawai harga tiket mahal.. . Ok.. jangan tertanya yana ni kaum apa pulak😅.. Mak yana muslim convert asalnya Bidayuh Kristian , Sarawak. . Keluarga mak pribumi Sarawak. Diaorg tinggal dalam komuniti kecik, tanam pokok durian, lada hitam, padi bukit, dan makan hasil bumi. Mak pernah cerita kalau diaorg adik beradik masuk hutan nak kemas kebun atau ke kampung sebelah ambil masa 4 hari tau.. berjalan kaki redah hutan bukit bukau… salute lah. Diaorg tak sesat pun 😭 . Paling Yana salute.. Babeh, Tayung & adik beradik mak (Aunty & uncle) beri peluang mak yana pilih jalan hidupnya (muslim) tanpa memutuskan silaturrahim sesama mereka. . Jika di fikirkan pasal pengorbanan mak , jauh lebih kuat berbanding kami di sini.. Tinggalkan keluarga, tukar agama dan ikut suami ke Johor. Sampai sekarang setiap kali dia call mak dia , mesti menangis 😢 . Tapi tu lah, yana tulis ni bukan nak cerita pasal pengorbanan sesapa. Yana nak cerita pasal yana rindu orang orang tua keliling yana. Mendiang Babeh meninggal usia 99 tahun februari 2 tahun lepas. 😅 . Korang tahu kan situasi bila petang orang tua datang berkumpul duk mengopi mengeteh , menyogel sireh depan rumah… menganyam tikar, menganyam bakul, asah parang kebun, bawa balik durian , lada hitam, padi sawah , padi bukit, rambutan & hasil hutan seperti rebung & sayur sayuran… cucu cucu kecik main main kat halaman rumah…. Rindunya!!!!!! Ok lah . Tak sanggup nak sambung cerita… 😭 . Semoga kita semua, mak abah mama abah, atuk nenek mendapat pengakhiran yang baik insyaAllah. Amin… . . #ysfzcutimalaysia #yanasamsudin #sarawak #BabehClan #GenerasiBabeh #Bidayuh #Iban #Serian

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Yana mendirikan rumah tangga dengan  Fadzil Zahari pada 13 April 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mateen pada 21 Julai 2016.

Foto: Instagram Yana Samsudin