Menerusi Instagram Syazwani Alias iaitu isteri kepada pelakon Putra Amaris, wanita ini menaklumkan bapanya telah meninggal dunia.
Bagaimanapun, perincian mengenai tarikh pemergiaan Allahyarham ke rahmatullah tidak pula dikongsi ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarga serta berkongsi tarikh lahir yang sama, pemergian si bapa cukup mengejutkan memandangkan arwah tiada sebarang petanda atau penyakit.
“Beginilah syarat hidup pasti akan mati. AllahuAkbar.. bagai petir menyambar terus menyusup ke dada.. takdir Allah telah tertulis. Maka terpisahlah kita di dunia ini duhai ayah.
“Kami berkongsi tarikh lahir yg sama, dan sebagai anak perempuan tunggal dlm keluarga, sy sgt rapat dgn ayah dari kecil.
“Tak terbayang akan kehilangan ayah saat ni, ayah takde sakit apa2. Perginya senang dan semua urusannya mudah subhanallah. Wnie pasti akan rindu ayah. Ampunkan wnie yah xsempat lg nk berbakti pd ayah xsempat nak bahagiakan ayah.
“Semoga Allah temukan kita semula di sana,” tulisnya.
Putra Amaris, 33, dan isterinya Nur Syazwani Alias, 29, mendirikan rumah tangga pada 5 Januari 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Asytar, 8 bulan.
Foto : Instagram Syazwani Alias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI