“Makan Lagi Penting,” – Kekasih Luah Perasaan, Tapi Janna Nick ‘Tak Care’, Lebih Pentingkan Makan. Netizen Terhibur

Share

Berkongsi gelagat kekasihnya yang juga pelakon, Dini Azan Schatzmann yang cuba bersikap romantis sedang keduanya sedang menikmati makanan nampaknya tidak menjadi.

Dini dilihat menyanyikan lagu Cinta Luar Biasa dan ditujukan kepada Janna Nick, namun nampaknya hidangan di depan mata lebih menarik aktres berkenaan.

“AWEK KUAT MAKAN. Memang tak peduli la sapa kat sebelah Tu….makan lagi penting.

“Tag GF/WIFE yang kuat makan macam kami. Take care when I’m not around @dinischatzmann…bye bye,” kongsinya.

Perkongsian yang menerima tontonan lebih 700,000 ribu ini nyata menghiburkan netizen.

Malah suara dan nyanyian pelat Dini turut menerima reaksi di ruang komen.

Janna dan Dini mula menjalin hubungan serius sejak Jun tahun lalu selepas kedua-duanya terlibat dalam penggambaran Bukan Cinta Aku.

Foto : Instagram Janna Nick

Published by
Noraini Abd Wahab