Kini muncul dengan single baharu berjudul Bad, kumpulan vokal wanita popular Dolla kini melakar sukses yang tersendiri apabila muzik video single berkenaan sudah pun menerima lebih 1.3 juta penonton kurang seminggu ia dilancarkan.
Malah, ia berjaya meraih 100,000 tontonan di YouTube selepas 24 jam dimuat naik sekaligus berada di dalam kedudukan ‘trending’ sehingga hari ini.
Mengulas mengenai perkara itu, Syasya mewakili Dolla bersyukur dan seperti lagu-lagu mereka sebelum ini, Bad juga mempertaruhkan tema pemerkasaan wanita.
“Ada yang mungkin akan menganggapnya sebagai lagu patah hati selepas tidak dilayan dengan baik oleh pasangan masing-masing dan ada juga yang mungkin menujukan lagu ini pada pasangan atau teman yang tidak pernah memberikan sokongan positif malah meragui diri masing-masing.
“Terdapat bait lirik lagu ini yang berbunyi You never met a woman just like me, you’ll see, kau takkan pernah agak, yang boleh diinterpretasikan dengan pelbagai cara.
“Secara peribadi saya rasa Bad merupakan titik perubahan buat Dolla. Jika lagu kami sebelum ini menunjukkan sisi kami yang lebih lembut, Bad pula mencerminkan Dolla yang sudah matang dan siap untuk menghadapi dunia,” tambahnya lagi.
Karya yang diterbitkan pemuzik Sweden, Ludwig Lindell serta Karl-Oskar “Cage” ini juga ditulis dan dicipta dalam Bahasa Malaysia serta Inggeris oleh Ludwig Lindell, Karl-Oskar “Cage”, Gummesson, dan bintang hip hop tempatan, Yonnyboii.
Sementara itu, Sabronzo pula menjelaskan, hasil kerjasama semua pihak terlibat berjaya menghasilkan muzik video yang menarik.
Ads
“Walaupun memakan masa dua hari untuk disiapkan, ia satu usaha yang berbaloi.
“Dengan seni tari hebat bersama para penari kami serta banyak tangkapan visual yang menarik, video ini benar-benar menunjukkan tenaga positif yang dihasilkan sepanjang penggambaran,” katanya sambil Tabby akui mereka turut buat latihan demi lagu.
“Kami terpaksa melakukan banyak sesi latihan untuk mendapatkan keseimbangan vokal dan tarian. Nasib baik Cikgu Shafi dan Ezra banyak membantu untuk menonjolkan yang terbaik dari kami.
“Malah, kami agak bangga dengan hasil selepas memberikan sedaya-upaya kami,” katanya.
Menerusi Bad, Angel pula mengharapkan naskhah baru yang dipersembahkan mereka mendapat maklum balas baik peminat.
Ads
“Saya harap semua orang akan menyukai kemunculan lagu ini setelah kami berehat seketika. Kami sudah mempersiapkan lagu ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.
“Setelah penat berusaha, kami harap para peminat akan menyukai persona terbaharu Dolla ini,” katanya.
Bad sudah tersedia di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 11 Februari lalu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata penonton memberikan reaksi pujian atas hasilnya dan ini antara komen yang ditinggalkan;
“Okay i’m officially stanning them! Susah tau aku nak stan local but DOLLA amazing gila weh! so proud of them.”
Ads
“Excellent job for team & crew lighting, props, videography & editor sebab buat MTV ni nampak mahal.”
“Sangat hebat kumpulan ini. saya sangat sangat suka mereka berempat ini.”
“Kumpulan Dolla adalah kumpulan terbaik di Malaysia. KAMI SAYANG DOLLA.”
“Dolla sungguh bekerja keras! Saya harap showcase tersebut akan berjalan lancar.”
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan perletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan media tempatan, pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki menerusi laman Instagram memuat naik sebuah posting di laman Instagram miliknya.
Tulis pengarah itu, Malaysia kini sudah tiada Perdana Menteri dan kerajaan.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.
Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengesahkan surat peletakan jawatan itu telah diserahkan pada 1 tengahari, hari ini.
Sebentar tadi, Parti Bersatu telah mengumumkan keluar Pakatan Harapan menerusi satu kenyataan oleh Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Foto : Instagram Afdlin Shauki & Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan pelbagai tuduhan yang dianggap keterlaluan, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum tampil membuat laporan polis terhadap isterinya, penyanyi dan pelakon Lufya.
Bapa kepada seorang cahaya mata ini turut menegaskan, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.
“Saya menafikan semua tuduhan yang dibuatnya. Malah saya juga telah membuat laporan polis yang disertakan dengan butiran bukti kukuh pada minggu lalu.
“Kes tersebut masih dalam penyiasatan dan biarlah pihak berkuasa yang melakukan siasatan,” katanya.
Dr. Che Hafiz, 29, turut menjelaskan tuduhan yang dilakukan dilihat agak keterlaluan dan merasakan dirinya perlu membuat penjelasan demi menjaga nama baik pelbagai pihak.
“Ini kerana tuduhan yang dibuat olehnya begitu keterlaluan dan saya perlu menjaga nama baik saya dan keluarga yang tidak bersalah selain imej sebagai seorang doktor serta penjawat awam.
“Kita Tunggu sahaja keputusan pihak polis dan saya sebolehnya mahu ia diselesaikan cara baik, lebih rasional dan mengikut saluran yang betul.
“Jika perlu, saya akan bersedia untuk ke tengah dan saya turut berharap agar netizen mendoakan yang baik-baik ketika ini.
“Biarlah kami mampu untuk selesaikan perkara ini dengan cara yang betul,” katanya lagi.
Terdahulu, Dr Che Hafiz sebelum ini ada mendedahkan dia sudah menyatakan niat untuk berpisah terhadap isterinya itu menerusi aplikasi Whatsapp atas permintaan Lufya sendiri.
Bagaimanapun, ia dinafikan wanita berkenaan yang mendakwa dirinya tidak menerima sebarang mesej lafaz cerai dari suaminya itu.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki mencecah usia dua tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam dunia ini setiap daripada kita dikatakan mempunyai tujuh orang memiliki wajah yang mirip dan hampir sama.
Mungkin pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu sudah menemui salah seorang kembarnya yang dipercayai seorang pegawai tentera, yang mana mempunyai wajah saling tak tumpah seperti bapa kepada empat cahaya mata itu.
Malah, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Mohamad, 38, turut meminta mana-mana followers di Instagram miliknya yang mengenali jejaka tersebut agar memautkan (tag) posting Shuib kepada si empunya badan.
“Yeeeee macam sama, tapi bukan, salah salahhhhh.
“Ada yang kenal ke abang ni, tolong tag dia please… teringin nak jumpa,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.
Shuib turut meletakkan tanda pagar ‘#macam sama tapi bukan’ dan #tabik hormat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis terhibur dengan perkongsian Shuib malah sempat mengusik penyampai radio Suria FM itu.
“Tuan! Awak diam-diam join Malbatt ek,” komen pelakon Hairul Azreen.
“Akhirnya kantoi juga Shuib… Aku dah kata jangan ambil gambar waktu kau dalam uniform. Kan orang dah dapat cam,” coret penyampai radio Suria FM, Ajak.
“Samaaaaa samaaa,” titip Fara Fauzana.
“Boleh buat cerita kembar atau adik-beradik ke,” komen pelakon Yasmin Hani.
Sementara itu, netizen yang dikenali sebagai Faizshaffee pula berkata, lelaki yang dicari Shuib itu merupakan sepupunya yang dikenali sebagai Khairul Anuar yang merupakan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
“Ni sepupu saya, done claim,” tulisnya.
“Ni Tuan Khairul Anuar TLDM, pegawai cawangan latih Malbatt 9,” komen netizen @mr.herylee.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!